Firstly, sebelum penulis bercerita mengenai ‘Tempat Makan Best di Malaysia’ penulis (JAAKECHIK) terlebih dahulu ingin berterima kasih kepada tuan empunya blog ini (EYRIQAZZ.COM) yang memilih jaa sebagai penulis jemputan di blog beliau sempena contest ini : http://on.fb.me/10ZDlmx
Penulis/jaa berasal dari Kelantan dan merupakan pemilik blog WWW.JAAKECHIK.COM. Hari ni, jaa ingin berkongsi dengan semua pembaca di blog EYRIQAZZ.COM ini tentang beberapa Tempat Makan Menarik di Kelantan. Mana la tau, kot nanti ada yang ‘nok maghi kelate’ buleh la try makan kat lokasi yang jaa cerita ni…. ~paham ko dok ni?
Klik gambar untuk ke blog penulis
Ekceli jaa memang suka bab jenjalan cari makan (JJCM) ni. Hari-hari asyik duk makan masakan sendiri, tak syok juga. sesekali nak jugak merasa makanan orang. Nak harap en.suami masak, haram!! (alamak terlepassss cakap sudaaa… ampun bang). Lagipun rege makanan kat Kelantan ni tak mahal mana pongg…
Bagi yang nak merasa Tomyam KAW… jaa suggest Restoran Kampung Grill. tomyam kat sini cukup rasa masam dan pedasnya. Suka makan western food? eh, tak mengapa kat sini western food pun ado. Nama pun ‘Kampung Grill’ kan. western food ofkos laa ado. Chicken chop, lamb chop, lembu chop sume ado. Lokasi berdekatan Roundabout Pasir Pekan, berhampiran Pasaraya SalamKu.
Bagi peminat Nasi Ayam Penyet pula korang boleh ke Restoran Selera Cik Siti. Restoran tu dibuka 24 jam. Bebila masa pun korang boleh singgah. Cuma rega dia mahai sikit laa dari kedai lain. Tapi berbaloi lagi. Bukan mahai sangat pun. Chicken chop pun ada. Tapi so-so jer lerr bagi tekak jaa…. heeee…..
Kalau nak makan Satay, korang buleh ke Restoran Satay Malaysia. lokasi di Jalan Pengkalan Chepa, kalo korang dari Bandar Kota Bharu restoran ni menghala ke Airport. Kedai ni 2 tingkat dan sangat meriah ngan lampu lip lap lip lap yang berada di sebelah kanan jalan. Korang mesti akan jumpa punya laaa….konfem tak sesat punya. kalau tak jumpa jugak, mohon google maps yer…kekeke….
Kalau nak makan steamboat/chim chum korang boleh ke Restoran Food Village. Lokasi di Jalan Pengkalan Chepa (sebelah kanan jalan). Kalau dari Kota Bharu, ianya sebelum Restoran Satay Malaysia. makanan kat sini style buffet. Adult RM20/person. Child RM13.90/person. Korang boleh makan sampai muak/muntah. Duk berjam-jam pun takde yang nak marah nya . Bestttttt sangat!! ~mata dipejam, tangan didada! No.tel : 017-9239448. Kat sini sokmo ramai orang. Better booking dulu tau, risau kot meja penuh.
Kalau nak merasa Ikan Bakar korang buleh terjah Restoran Selera Ikan Bakar (kedai warna kuning). Lokasi berdekatan Pasar Malam Wakaf Che Yeh (WCY). Kalau korang dari Kota Bharu ianya sebelum WCY (sebelah kiri jalan). Nak bakar tawar boleh, bakar bersama garam kunyit boleh, nak bakar berempah pun boleh. Pilihan sos pun banyak. Paling sedap, pencicah thai. Korang wajib cuba ni!! ~penulis pun dah mula kecur liur ni…sluurpp2x…!
Tempat-tempat lain :
** Warung Cendol Pulut Tapai (CPT) berdekatan stadium Kota Bharu
** Nasi Ulam Cikgu berdekatan Masjid Besar Negeri Kelantan
** Maggi Celup / Mee Cambol di Kaw. Bebas Cukai Pengkalan Kubor
Cukup lah sekadar beberapa Tempat Makan Yang Menarik untuk saya kongsikan dengan anda, sekiranya anda mengetahui kat mana tempat-tempat makan menarik di sekitar Kelantan, jom lah berkongsi dengan kami semua disini. Tinggalkan sahaja komen-komen anda di bawah ini. Sharing is Caring, right? Akhir kata, selamat datang ke Kelantan buat semua!!
Anyway, Jika ingin menempah hotel di Kelantan saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.
Nota kaki : jom ke blog penulis di —> www.jaakechik.com.
satey kat pengkalan chepa tu memang femes 🙂
Dkna Abza recently posted…WeChat Malaysia Party 2013
lapar la plak tgk entry mknn ni…kelantan memang food heaven 🙂
Kalau ke sana boleh lah singgah.
akubiomed recently posted…Merakam keindahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
kena tambah menu maggi ketam D syaz dekat jln PCB, depan kem kijang. mmg berbaloi makan.
Haaaa… nasi ulam tu memang mantop! terlewat sikit je, penuh! Kena berani, kalo tak kerusi dan lauk dirembat orang. haha
Faris Al-Muhandisu recently posted…Parlimen Dibubarkan Hari Ini 3 April 2013!
wah makanan kast sini memang first class..kena singgah ni kalau pergi kelantan..tengok gambar aje dah dapat rasa aura dia…
raudzah recently posted…Susuk & Botox … Apa Yang Tak Kena
Nampak sedap blako weh
GreenLava recently posted…Tips For Handling Ornery Commenters
bagus boleh wat rujukan kalau ke kelantan nanti
hafiz recently posted…Tazkirah Jumaat 4
kalau lain kali bercuti ke Kelantan,Insya-Allah den akan singgah kat tempat makan menarik tuh…;)
papa mifz recently posted…Di Rumah Sudah Ada Kolam Renang
pergh ..terliur doh nih..nok kelik eh ..
luqmanzakaria recently posted…Confessions of a Cameraholic
terima kasih en. eyriqazz!
btw, ada sikit kesalahan kat situ, (error typing)
restoran Restoran Food Village tu sebelah kiri jalan yer.
soryy. silap saya. 🙂
p/s : tengkiu bagi saya peluang ni. 🙂
Jangan dilupa gerai nasi kak wok (ada beberapa cawangan ,anataranya dekat HUSM kubang kerian)..itu legend 🙂