PRU 13 – Siapa Yang Bakal Menang?

Pilihan Raya Umum (PRU) 13 tak lama lagi. Both pihak berkempen sana sini. Kutuk sana, kutuk sini. Aku bagus, kau takde gigi. Entah apa-apa, macam-macam politik sudah semesti. Agak-agak Siapa yang bakal Menang kali ini? Teka teki bakal terjawab bulan depan tak lama lagi.

PRU13Apa Kata Survey?

Jom Lihat Apa Kata survey, seperti di publishkan di Ensurvey – Malaysian Pre Election :

survey3

Kalau melihat kepada respons Survey di Ensurvey, nampak macam Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang sama rata. Adakah pengundi “Atas Pagar” yang bakal menentukan pemenang PRU 13 kali ini? Kalau diikutkan survey ini, begitula nampaknya. Undi adalah Rahsia, jadi buatla pilihan yang bijak.

survey1

Apakah Isu-Isu Penting Anda Harapkan Kerajaan Seterusnya Perlu Mengambil Perhatian? Top 5 :

1. Rasuah
2. Ekonomi
3.Standard of living
4. Kadar jenayah
5. Pendidikan

survey2Apa Perasaan Anda tentang Pilihan Raya Umum Ke-13?

Antara yang dikongsikan, Ramai yang teruja kerana bakal mengundi pertama kali. Ehh, macam jawapan eyriqazz laa. First time bakal mengundi pertama kali bulan depan. Yup, kadang-kadang Bosan juga dengan Manifesto both Pihak, kalau hadiri ceramah pun, tak kirala parti mana, kutuk mengutuk parti lain tetap tak dapat dielakkan. Kadang-kadang, diri sendiri tak faham, apabila yang bakal dicalonkan Ahli Parlimen or Ahli DUN, bukan orang kawasan tersebut? Macam mana dia dapat memberikan sumbangan terbaik kepada rakyat di kawasannya? Berulang alik dengan kapalterbang?

Siapa pun yang bakal menang, harap akan ada perubahan yang lebih positif buat semua. Cost of Living sekarang memang semakin menekan. Both bekerja pun belum tentu dapat berikan yang terbaik buat keluarga.  RUmah misalnya, berapa ramai yang menetap di KL lebih dari 5 tahun masih belum mampu miliki rumah sendiri? Adakah jurang perbezaan yang kaya dengan miskin akan jadi seperti Indonesia apabila hanya segelintir pihak saja yang mendapat manfaat dari sumber alam yang banyak di Malaysia.

Hati meronta-ronta untuk mengundi kali ini. Jom Sama-Sama Kita Mengundi dan tunaikan tanggungjawab bersama :

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

21 thoughts on “PRU 13 – Siapa Yang Bakal Menang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.