Pilihan Raya 2013 – Bendera Sudah Tidak Relevan Lagi?

Sekarang ini, semakin meriah perang bendera sempena Pilihan Raya 2013 yang semakin hampir ini. Sana sini dipacak bendera.

IMG_0941

Meriah bila tengok bendera di Kampung Padang Balang ini, berdekatan dengan rumah blogger popular , Kak Ina KL . Jarang saya perhatikan di Kuala Lumpur ini, lebih dari 2 bendera parti naik di lokasi yang berdekatan.

Sempatla berborak-borak dengan rakan minggu lepas. Kata rakan eyriqazz ini, bendera ini sudah tidak relevan lagi. Rakyat dan generasi muda semakin bijak dan matang dalam membuat pilihan memilih parti yang bakal mereka undi. Internet dan kemudahan teknologi dijadikan tempat sumber maklumat bagi mereka untuk membuat keputusan especially Generasi Y, yang banyak menjadi pengundi atas pagar. Including myself. Until now belum decide nak undi mana satu, pengalaman pertama kali mengundi. Yup, Undi adalah Rahsia.

For me, pacak bendera ini hanyalah satu pembaziran yang nyata. Bukan murah nak tempah bendera. Belum dicampur upah memacakkan bendera dan mencabut bendera selepas pilihanraya. Plus, sebanyak manapun bendera yang dipasang, tidak akan memberikan impak bagi eyriqazz untuk memilih Parti yang bakal diundi. Tepuk dada, tanya selera. Internet antara menjadi sumber rujukan sebelum membuat keputusan membuang undi pertama kali.

P.s : Relevankan lagi Bendera untuk Pilihan Raya kali ini?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

25 thoughts on “Pilihan Raya 2013 – Bendera Sudah Tidak Relevan Lagi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.