Kisah Kaki Ayam

Man, ambil kaki ayam ni. Sedap…. Errrrr, dicampaknya kaki ayam yang diberi atuknya. Ayam-ayam belaan atuknya mengejar kaki ayam tersebut dan memakannya. Marah sungguh rasa hatinya. Sudahla dia jarang dapat makan ayam. Time dapat makan ayam, atuknya berikan kaki ayam pula. Kenapa dalam banyak-banyak bahagian, kaki ayam yang diberi? Ahhh, kenapa semua orang macam tak faham apa yang Anak kecil berusia 7 tahun mahukan? Sejak detik itu, memang jarang Man menyentuh kaki ayam, plus, ayam memang luxury food baginya sehinggalah dia habis sekolah menengah.

20 tahun berlalu. Kusyuk benar dia melihat keletah anak buah Isterinya. Suka benar anak buah isterinya makan kaki ayam. Ayam langsung tidak disentuhnya. Sedap sangat ke kaki ayam jika dibandingkan dengan peha ayam, dada ayam, dan kepak ayam? Β Curious, dia mencuba kaki ayam ketika pergi ke Pasar Malam.

Umm, sedap juga kaki ayam ini. Sejak hari itu, dia menyukai kaki ayam. Teringat kembali kisah dia dan atuknya. Umm, si anak buah isterinya yang lebih kurang usianya ketika dia mencampakkan kaki ayam yang diberikan atuknya dulu, mengubah persepsi dan citarasanya. Yup, manusia berubah. Cara Hidup berubah.Dia berubah dan menyukai kaki ayam bila melihat anak buah isterinya begitu berselera makan kaki ayam.

Kehidupan dan pengalaman mematangkan kehidupan. Si Man @ Eyriqazz kini lebih menilai erti “Kaki Ayam”. Apa yang kita tidak suka mungkin menjadi kegemaran orang lain. Apa yang kita tidak suka, mungkin suatu hari bakal menjadi jodoh kita. Apa yang kita tidak suka dulu, mungkin bulan depan kita mengundinya pula? Itulah kehidupan, Sedangkan pantai Lagi Berubah, Inikan Pula Hati Manusia.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

28 thoughts on “Kisah Kaki Ayam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.