Kedai Makan Upin dan Ipin, Taman Melati

Kedai Makan Upin dan Ipin 8

Beberapa hari lepas, dinner di Kedai Makan Upin dan Ipin, Taman Melati. Teruja rasa nak try bila baca entry Upin Ipin the Makans dari Redmummy . Asyik mencuba restoran yang sama setiap hari, bosan juga kan?

Kedai Makan Upin dan Ipin 2

Isteri dah kenyang, jadi eyriqazz sorang je yang order. Eyriqazz order Set Nasi Daging Masak Merah (RM10.90) tidak termasuk tax. In term of kuahnya, for me agak sedap. Tapi, dagingnya agak keras sedikit. Sayurnya pula agak kurang fresh, sambal belacannya pula boleh tahan juga.

Kedai Makan Upin dan Ipin 11

Tak elok minum ais selalu kan? So, orderla Kopi O Panas. Agak kaww, RM3. Letak 3 paket gula pun masih tidak terasa manis mana.

Kedai Makan Upin dan Ipin 3
Total harga, RM20.90 termasuk dua ais jus alisya. Restoran Upin dan Ipin ni, of course la target market utama mereka adalah kanak-kanak , selain pelbagai air minuman jenama mereka sendiri , turut dijual pelbagai permainan untuk kanak-kanak. Nasib baik ALisya behave aritu, so dia tak demand mainan.

Kedai Makan Upin dan Ipin 6

Suasana di Kedai Makan Upin dan Ipin. 1/3 kaunter penuh dengan barang mainan. Tepuk dada, tanya selera.

Kedai Makan Upin dan Ipin 7

Kusyuk kanak-kanak melayan cerita Upin dan Ipin yang ditayangkan sepanjang masa, termasukla ALisya dan Azim.

Some feedback dari mereka yang pernah singgah di Kedai Makan Upin dan Upin seperti dikongsikan di SINI :

1) Harga agak mahal – Sumijelly-
2) Lama menunggu -Asiah-
3) Daging keras, out of list – Niko-
4) Tak sedap mana dan kena tunggu lama , Cawangan Shah alam – Namia-
5) Kena tunggu lama juga – Misshy Innz-

Kedai Makan Upin dan Ipin 12

Overall, bagi Eyriqazz, Kedai Makan Upin dan Ipin ini perlula dilakukan perubahan dari masa ke semasa especially in term of harga dan rasa makanan. Jangan kerana nak target kanak-kanak, citarasa orang dewasa dilupakan. Lama-lama boleh lari pengguna dan hasilnya mungkin boleh jadi apa yang jadi dekat “Nasi Lemak Antarabangsa, ataupun Sekinchan Ikan Bakar”.

P.s : Pernah singgah di Kedai Makan Upin dan Ipin? Apa pandangan anda pula?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Kedai Makan Upin dan Ipin, Taman Melati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.