Jawapan Balas dari Kedai Makan Upin & Ipin

Kedai Makan Upin dan Ipin 8

Sambungan dari entri Kedai Makan Upin & Ipin yang turut eyriqazz kongsikan di Facebook Kedai Makan Upin & Ipin . Pantas, jawapan balas dari Admin Facebook tersebut :

Salam En Eyriqazz, terimakasih kerana sudi mencuba di restoran Upin & Ipin dan memberi pandangan encik. Mengenai isu harga, kalau dibandingkan dengan restoran mamak, sememangnya harga kami lebih tetapi kalau dibandingkan dengan kopitiam atau diners, harga yang kami paparkan adalah setara malah lebih berpatutan. Memandangkan kami menawarkan family dining experience, adalah tidak wajar untuk menetapkan harga serendah kedai mamak atau food court.

Mutu makanan kami dipertingkatkan dari masa ke semasa dan bulan depan, kami akan menawarkan menu2 tambahan dengan beberapa pilihan pada harga yang berpatutan bagi mereka yang kurang mampu supaya setiap lapisan masyarakat dapat menikmati hidangan di kedai makan upin & Ipin.

Berbanding Sekinchan Ikan Bakar dan Nasi Lemak Antarabangsa yang kebanyakan sistem franchise yang gagal satu persatu…KM upin ipin dimiliki sepenuhnnya oleh pemilik animasi Upin & Ipin, maka kami amat mengambil berat pandangan pelanggan dan memperbaiki mutu kami dari masa ke semasa. Outlet pertama kami bermula 8 bulan yang terdahulu dan kami berkembang ke outlet yang ke 15 sebelum hujung tahun ini. Insyallah perniagaan ini akan terus berkembang maju dengan sokongan peminat Upin Ipin, terima kasih.

Terimakasih di atas respons positif. Harap-harap adalah penambahbaikan ke arah kebaikan bersama. Honestly, masih banyak yang boleh diperbaiki di Kedai Makan ini i.e :

1) Harga produk Upin & Ipin i.e. mainan, cereal, dan lain-lain yang rasanya lebih mahal jika dibandingkan dengan jenama lain di pasaran ( harga branding maybe?)
2) Kaji selidik pengguna yang berkunjung di Restoran tersebut. Kualiti dan kuantiti mestila seiring kan?
3) Jangan pandang ringan feedback pengguna. Pelanggan melayu misalnya, memang quite “Price Sensitive”

P.s : Apa kata anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

35 thoughts on “Jawapan Balas dari Kedai Makan Upin & Ipin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.