Hyundai Elantra – Kisah Suami Isteri

Beberapa hari lepas, semasa pergi buang sampah di kawasan Condo, ternampak satu pasangan berbangsa Cina tengah basuh kereta berdekatan dengan tempat buang sampah. Tengok dari gelagat mereka, rasanya suami Isteri. Mula-mula, buat tak perasan je. Sempat-sempat menjeling :

Hyundai Elantra 2013

Surprise, mereka sama-sama sedang membasuh kereta Hyundai Elantra mereka. Surf Internet, harga kereta ini di Malaysia lebih kurang RM80,000 – RM100,000+. Installment sebulan ni,mahu lebih dari RM1 ribu ni? Aiseh, takkan tak mampu nak basuh kereta kat luar kot? Kedekut? Biar Papa asal bergaya?

Jangan mudah berfikiran negatif… Eyriqazz rasakan bukan mereka kedekut mahupun biar papa asal bergaya. Tengok dari gaya mereka dan gadget yang mereka pakai, rasa-rasa, gaji combine mereka cecah 5 angka paling kurang. Buat apa membazir kalau boleh lakukan sendiri? Sambil-sambil mengeratkan hubungan silaturahim suami isteri beraksi basah-basah cuci kereta sama-sama.

Fuhh, kagum. No wonder Kaum Cina menguasai ekonomi di Malaysia ini. Mereka bijak menguruskan wang dan bijak merebut peluang terhidang. Tunjuk jari dekat diri sendiri, Kereta Myvi kamipun upah “Warga Asing India” untuk cuci 2 minggu sekali, sebulan RM30. Kalau sebulan dapat save RM30, setahun sudah ada lebihan RM360 kan? . Sikap terlebih rajin….

P.s : Bukan Susah Nak Susah, Bukan Senang Nak Senang.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Hyundai Elantra – Kisah Suami Isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.