Hospital Putrajaya

Hospital Putrajaya 1

Semalam, pertama kali menjejakkan kaki di Hospital Putrajaya. Melawat Pak Su & Mak Su Eyriqazz yang baru menimang cahaya mata kedua mereka. Tahniah diucapkan buat Pak Su Eyriqazz. First impression sampai di Hospital Putrajaya ini, agak impress juga, hospital kerajaan yang nampak lebih moden, parking banyak dan persekitaran yang agak selesa.

Hospital Putrajaya 2

Di Lobi bawah. Banyak kemudahan kerusi disediakan. Tempatnya pun agak selesa dan bersih. Tidakla tersangat crowded walaupun time weekend.

Hospital Putrajaya 4

Perkhidmatan Shuttle Bus pun turut disediakan dari Putrajaya Sentral ke Lobi Utama Hospital Putrajaya. Tapi, hari berkerja sajalah .Time weekend kena bawa kenderaan sendiri juga.

Hospital Putrajaya 5

Kadar deposit dikenakan untuk orang awam. Untuk penjawat awam, Guarantee letter akan dikeluarkan. Jadi, mostly coverla mengikut kelayakan masing-masing.

Hospital Putrajaya 9

Waktu Melawat. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan naik. Kalau di hospital swasta, tak kisah siapa yang nak naik. Rasanya bagi mengelakkan penyakit berjangkit i.e. demam, selsema, H1N1 dan pelbagai lagi.

Hospital Putrajaya 10

Wad Selepas bersalin. Quite impress. Agak cantik dan persekitarannya pun agak menceriakan suasana.

Hospital Putrajaya 11

Welcome to the World, my new Cousin. Lahir pada tarikh yang sama dengan Azim, anak eyriqazz. Orang cakap, birthday sama, banyak perwatakan yang sama kan? Tahniah sekali lagi diucapkan buat Pak Su & Mak Su Eyriqazz. 2 Boy in house. Selepas bersalin suami tidak dibenarkan menemani waktu malam, rasanya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini dan juga isu aurat etc. Kalau bilik seorang, rasanya tiada masalah.

Hospital Putrajaya 13

Wad berempat. Mak Su Eyriqazz bersalin melalui pembedahan. Nampak agak pucat dan kurang bertenaga. Haa, ingat mudah ke nak bersalin ni? Hargailah Ibu dan Isteri-isteri anda.

Hospital Putrajaya 14

Kadar charge bilik. Oklah, memang berpatutan. I.e. BIlik Kelas Satu Bayaran Wad Hanyalah RM80 sehari. Kalau di swasta, at least RM300 sehari rasanya macam time Isteri eyriqazz bersalin aritu. Semua nak untung, nama pun swasta kan?

Hospital Putrajaya 19
Hospi Corner, bolehla nak beli makanan dan minuman. Overall, saya agak impress dengan Hospital Putrajaya. Jauh lebih Ok jika dibandingkan Hospital Kerajaan di Terengganu dan Hospital Kuala Lumpur. Yerla, Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta, masing-masing ada Pro & Cons nya, kan?

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Putrajaya saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

P.s : Kan Bagus kalau lebih banyak Hospital Kerajaan dinaikkan taraf dan kemudahan setanding dengan Hospital Putrajaya ni kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

28 thoughts on “Hospital Putrajaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.