Destinasi Makan-Makan Pilihan Saya

Bertemu kita sekali lagi dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan, bukan jalan-jalan cari pasal. Kalau cari pasal nanti diri sendiri yang susah. Muehe…   Ya, kali ni nak share dengan pembaca blog yang disayangi sekalian satu destinasi makan-makan pilihan tekak. Bukan pilihan hati ya, sebab bukan hati yang rasa makanan tu semua, tapi tekak dan lidah. 😀

Mula-mula rasa nak share je destinasi makan-makan yang ada sekitar Johor Bahru, tetapi tatkala mahu menulis entri ni, fikiran telah pun bertukar. Maka, destinasi makan-makan pilihan kali ini ialah Pasar Ikan Bakar yang terletak di Awana Genting Highland bersebelahan Rumah Panjang Awana Genting.

Istimewanya Pasar Ikan Bakar ni kerana lokasinya di tengah-tengah hutan Genting Highland. Ini adalah pandangan Pasar Ikan Bakar pada siang hari :

picas 1

Ini pula pandangan Pasar Ikan Bakar pada malam hari, disinari lampu berwarna-warni. Tengok dari jauh memang nampak meriah. Aku pun rasa teruja sebab tengok cantik je tempat makan ni. Tak sabar nak masuk ke dalam.

pic 2

Apabila melangkah masuk, bertambah teruja dengan konsep dekorasi dalamannya. Di sini, pengunjung perlu meletakkan kasut di rak kasut yang telah disediakan. Memang terjaga kebersihan.

pic 3OK, zoom sikit. Close up set meja makan ni. Di sinilah aku dan rakan-rakan blogger yang lain menjamu selera sambil chit chat sok sek sok sek. Muehe… 😀

picas 4

Aku suka makan seafood dan pastinya seafood yang ada di sini semuanya segar-segar menjadi perhatian utama. Owh, memang terliur tengok makanan yang ada. Macam-macam ada sampaikan tak tahu nak makan yang mana satu. Serius, rasa macam nak makan semua sekali dalam satu masa. Haha… amboih. Terlebih teruja betul masa tu.

pic 5

Dengan tekunnya chef-chef di sini memasak.

pic 6

Kami cuma datang dan makan apa sahaja yang dah dimasak. Pilihan?. Sudah tentu ada banyak pilihan. Boleh juga ambil makanan yang mentah ni dan request pada chef-chef ni untuk memasakkannya. Untuk rasa semua makanan, maka kenalah ambil serba sedikit setiap jenis makanan yang ada. Tapi paling banyak aku makan udang dan ketam. Haha..penuh pinggan dengan udang dan ketam ni.

picas 7

Bukan hanya seafood yang terdapat di sini. Hidangan lain pun ada termasuk kuih muih, buah-buahan tempatan, orange tangerine dressing, Italian dressing, jeruk, salad buah dan tak lupa juga ulam-ulaman serta sambal belacan.

picas 8

Overall, memang rasa fresh seafood di sini. Sedaaap! 😀

Ada satu lagi detinasi makan-makan pilihan saya di Awana Genting Highland ini iaitu Rajawali Coffee House. Check it out! 😀

Entri Destinasi Makan-makan Pilihan Saya ini ditulis oleh Sya Isya, yang suka jalan-jalan a.k.a travel. Banyak destinasi tempat menarik dikongsikan di blog peribadinya di syaisya.com.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Destinasi Makan-Makan Pilihan Saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.