Cinta Pertama

gambar love and roses

CINTA. Apa itu cinta ? Cinta bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada manusia, kebebasan, negara dan sebagainya. Cinta juga membawa maksud perasaan atau berperasaan sangat berahi, asyik, kasih dan sayang diantara lelaki dan perempuan. Bercakap soala cinta, saya pasti setiap manusia pernah merasainya termasuk diri saya sendiri.

“First Date is Awkward,
First Kiss is Heaven,
First Love is Irreplaceable,
First Heartbreak is Unforgettable”

(Cinta Pertama Memang Sukar Dilupa)

gambar love boy and girls

Pada pandangan saya, cinta pertama umpama cinta monyet. Cinta pertama sampai bila-bila pun, tetap menjadi yang pertama. Kata orang, cinta pertama memberikan impak yang besar dalam kehidupan setiap orang yang merasainya. Pada dasarnya, cinta pertama memang sukar dilupakan kerana ianya merupakan pengalaman pertama dan pengajaran dalam sebuah percintaan.

Cinta pertama merupakan saat pertama kali kita merasa perasaan mencintai, menyayangi dan merindui seseorang. Melalui cinta pertama juga, setiap insan akan belajar untuk memberi, menerima dan mamahami. Proses pembelajaran bagi kedua-dua belah pihak semasa melayari dunia percintaan. Tidak dinafikan bahawa cinta pertama sememangnya indah dan mengasyikkan.

gambar love

Sekiranya ditakdirkan gagal pada cinta pertama, jadikan ia sebagai satu sejarah dan pengajaran untuk tidak mengulanginya pada cinta kedua. Cinta kedua juga akan menjadi manis dan hebat sekiranya kita sentiasa memperbaiki setiap kelemahan hasil daripada pengajaran cinta pertama. Cinta pertama memang sukar dilupakan, belajarlah daripada pengalaman untuk menjadi seorang kuat dan tabah.

Apa yang perlu kita ketahui, tanpa cinta pertama, kita tidak akan berpeluang merasai cinta kedua. Untunglah bagi mereka yang sememangnya ditakdirkan berkahwin dengan cinta pertama. Bukan semua orang berpeluang kembali kepada cinta pertama dan sekiranya berlaku ianya mungkin satu kebetulan ataupun selayaknya dipanggil “jodoh”. Jodoh itu kan rahsia Allah .

Cinta pertama cinta separuh mati,
Sememangnya tak kusangka tak kuduga,
Andai ini suratan dan ketentuan ilahi,
Cinta kedua biarlah kekal hingga ke syurga

* Entri ini adalah hasil nukilan dari Penulis Jemputan iaitu Miza Yusof yang menulis  di Mizayusof.blogspot.com

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

7 thoughts on “Cinta Pertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.