Bukan Salah Nadot

Sindrom Kenadotan, bukan salah nadot. Saja nak menyakat rakan blogger yang kini bakal menimang cahaya mata kedua tak lama lagi. Nadot, MadamMondoq, Eyrikodok, semakin ramai yang berjangkit. Update blog pun ikut suka hati tak seperti dulu. Entri pun mengikut rentak dan kurang perancangan. Peluang yang datang untuk beriklan etc, almost semua ditolak kerana tak dapat nak berikan komitmen 100% dan hasil yang terbaik.

Hasilnya, trafik blog pun dilanda ombak dan makin hanyut dibawa badai :

Trafik Blog April 2013

Rindu Arwah Je Jai. Serius rasa tersangat lain bila rakan blogger yang paling rapat sudah tiada. Al-Fatihah buat Arwah Je Jai. Rindu nak baca entry Mat Joe, dah lama dia tak update blog juga. Rindu nak pergi event bloggers, dah lama rasa macam sepi je tak join mana-mana event bloggers. Nasib baik ada Seminar Buat Duit dengan Blog bulan depan, dapatla jumpa rakan-rakan blogger yang lama dah tak berjumpa.

Rindu nak  rajin Buat Duit dengan Affiliate dan jadi hebat macam Mr Titan dan Razif Yusof.

Rindu nak jadi rajin menulis dan berblog macam dulu…. That’s Life…. Hanya masa yang akan menentukan…..“Happy Blogging dan Jangan Paksa Diri”

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

31 thoughts on “Bukan Salah Nadot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.