Blogger Masakan Diperalatkan

rsz_dsc_2740

Terbaca entri dari salah seorang blogger yang cukup saya kagumi, Che Mat Gebu yang bertajuk Publisiti vs Penghargaan vs Diperalatkan? . Intisarinya lebih kurang Majalah Popular mempergunakan “Gambar dan juga Resepi” yang rasanya hanya memberikan Win-Loss Situation. Jualan Majalah bertambah, tak perlu hasilkan gambar sendiri dan in return blogger masakan hanya dapat sedikit kredit. Itupun kalau diberikan kredit.Kalau dicrop-crop gambar tersebut? – Gambar kredit kepada Mat Gebu

Personally, gambar masakan dan makanan antara gambar yang paling susah nak kena ambil. Angle kena betul. Mood kena happy. Kalau tak habis rosak gambar. Jangan Pergunakan Bloggers Secara Percuma , hargailah usaha mereka dan berikan “Win-Win”. Tak luak pun kalau spend beberapa ratus ringgit untuk gambar dan kualiti resepi yang dihasilkan oleh blogger especially blogger popular macam Mat Gebu .

Demi Keadilan – Hargai Usaha Bloggers Malaysia. Eyriqazz sendiri pernah terkena. Kalau tak silap dari Harian Metro ataupun Utusan Malaysia. Beriya-riya e-mailkan mahu gambar asal yang resolution lebih cantik. Timetu eyriqazz minta kredit je ke blog saya. Lepas diberikan, terus senyap. E-mailkan balik, katanya sudah dipublishkan di version Mobile i.e. Android or Apple Application. Langsung tak inform or e-mailkan kembali write up yang sudah dipublishkan itu.

P.s : Jangan biarkan bloggers diperalatkan. Fikirkan masak-masak sebelum menerima sesuatu tawaran. Kalau ianya lebih kepada “Win-Loss” situation, seeloknya ditolak supaya Bloggers tidak Dipergunakan sewenang-wenangnya.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Blogger Masakan Diperalatkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.