Aiskrim Bagus untuk Kanak-Kanak?

Azim demam, Selsema, dan batuk-batuk sejak 2-3 hari lepas. Petang semalam bawala pergi jumpa Doktor. Doktor cakap tonsil Azim bengkak. So, kena makan ubat dan juga antibiotik. Doktor juga sarankan kasi aiskrim.

Aiskrim? Doktor ni buat lawakke? Bukan ais or aiskrim tak bagus ke untuk kanak-kanak yang demam? Doktor cakap ais memang tak bagus, tapi aiskrim bagus untuk kanak-kanak yang sakit tekak. I.e. Aiskrim perisa Milo. Memberikan tenaga dan melegakan tegak . Jadi lebih mudah untuk mereka menelan makanan.

Umm, siapa la eyriqazz nak pertikaikan kata doktor kan? Lepas je jumpa doktor terus ke MyMydin Danau Kota dan belikan Aiskrim untuk Azim :

Aiskrim dan Azim 1

Mama suapkan ya Aiskrim. Boleh tahan, nampak berselera juga Azim makan Aiskrim.

Aiskrim dan Azim 2

Papa, sejuk. Habisla juga separuh mangkuk tu azim makan aiskrim Milo ni. Malam pula, kasi kan dia ubat. Alhamdulillah, dia boleh minum ubat dengan OK dan sebelum tidur dia tidak muntah lagi. So, maybe betulla kata doktor tu kot?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

12 thoughts on “Aiskrim Bagus untuk Kanak-Kanak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.