Aduan Pengguna KL Sentral

Weekend lepas, kami hantar bapa/mak mertua menaiki keretapi pulang ke kampung dari KL Sentral ke Wakaf Bharu, Kelantan.

KL Sentral 4

Beberapa bulan yang lepas, tempat ini dijadikan booth untuk penjualan Kad Komuter 1Malaysia. Satu inisiatif yang bagus pemberian Kad diskaun tersebut. Namun, selepas booth tersebut tamat, tempat ini dijadikan kembali tempat menunggu sementara menantikan keretapi datang. Tempat ini biasanya untuk ke destinasi ke Kelantan, Singapura, dan Ipoh.

KL Sentral 6

Saya perhatikan tempat duduk semakin berkurangan jika dibandingkan dengan tahun sebelum ini menghantar bapa/ibu mertua di lokasi yang sama. Weekend lepas, nasib baik sampai awal, jadi ada tempat kosong untuk duduk sementara menantikan keretapi datang.

KL Sentral 7

Beberapa bulan sebelum itu, pernah Bapa/Mak Mertua terpaksa bersila kerana kerusi tidak mencukupi. Lebih memburukkan keadaan jika time Peak, time ramai pulang bercuti especially time cuti sekolah.

KL Sentral 9

Ada ruangan yang kosong yang menjadi tempat duduk sebelum ini dijadikan tempat meletakkan kerusi urut berbayar. Umm, perlu ke ya kerusi urut berbayar diletakkan di lokasi yang sama dengan tempat duduk? Nak tak nak, mungkin ada yang terpaksa menggunakan kerusi urut ini daripada terpaksa duduk bersila.

Eyriqazz rasakan kenapa jumlah kerusi perlu dikurangkan di tempat sebegini? Kalau yang masih muda macam eyriqazz takperla. Kena dekat orang-orang tua atau kanak-kanak yang terpaksa berdiri lama, agak kesian rasanya lebih-lebih lagi untuk perjalanan jauh.

Di Harap Pihak KL Sentral lebih prihatin dengan pengguna dan perubahan dibuat ke arah yang lebih positif dan bukannya semakin membebankan pengguna.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Aduan Pengguna KL Sentral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.