Siakap Sinohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-Lama Mencuri

bohong-

Pernah dengarkan pepatah Melayu lama ini? Pepatah Melayu lama yang masih relevan untuk digunapakai sehingga ke hari ini. Satu pembohongan yang kecil akan membawa kepada pembohongan yang lebih besar sehingga apabila terbiasa, tiada lagi nilai moral di dalam diri dan akhirnya terjebak di dalam perlakuan jenayah yang lebih besar seperti mencuri.

Di dalam entry ini, saya cuba mengupas pembohongan yang dilakukan oleh anak kecil. Sesuai dengan satu lagi pepatah Melayu lama, melentur buluh biar dari rebungnya =)

Kenapa anak berbohong? Banyak sebab sebenarnya yang membawa kepada pembohongan si kecil. Di antaranya :

bohong

Cover line : anak berbohong untuk cover kesalahan yang telah dilakukan. Motifnya, tentulah takut dimarahi atau didenda akibat perbuatan salahnya. Sedangkan anak perlu belajar bertanggungjawab di atas setiap perlakuannya.

Impress orang lain : anak menokok tambah cerita untuk kelihatan hebat. Nampak hebat di mata orang akan membuatkan self esteem anak itu meningkat.

Dapatkan respon ibubapa : ada anak yang sengaja berbohong untuk mendapatkan perhatian ibubapa. Sama ada ibubapa itu alert dengan perilaku anak atau tidak.

cakap bohong

Walaupun penipuan kecil si manja tidak nampak seperti mendatangkan kesan buruk, ianya perlu diatasi segera sebelum melarat menjadi penipuan besar. Bagaimana pula untuk mengetahui jika anak berbohong? Rujuk entry Tanda-Tanda Anak Berbohong.

Bila sebenarnya anak belajar berbohong? Apakah dengan siri-siri bohong sunat yang telah dilakukan ibubapanya? Kerana anak adalah pelajar yang cekap. Semua yang berlaku di depan mata dilihat, difikir dan disimpan di dalam pemikirannya untuk dicontohi kelak.

pinochio

Jadi, jika anak kecil menipu, jangan dimarahi. Sebaliknya kawal rasa marah itu dan terangkan kenapa perlakuannya tidak boleh diterima. Anak kecil itu sebenarnya sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dia mungkin melihat bahawa menipu adalah jalan keluar yang baik untuk mengelakkan didenda atau dimarahi. Jika tidak dibendung, dikhuatiri anak akan terus menggunakan kaedah menipu untuk menyelesaikan masalah. Sedangkan, masalah akan terus menimpa apabila kita menipu. Penipuan demi penipuan yang berlaku boleh menghilangkan integriti diri dan apabila ia berlaku, pelbagai kesalahan atau jenayah lain tidak mustahil untuk dilakukan. Bak kata pepatah, Siakap Senohong Gelama Ikan Duri. Bercakap Bohong, Lama-Lama Mencuri.

#Entri ini adalah hasil nukilan dari Penulis Jemputan yang dijemput oleh Eyriqazz iaitu  Ida Adyani yang menulis  di http://my-adam.blogspot.com/

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

10 thoughts on “Siakap Sinohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-Lama Mencuri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.