Rumput Tidak Sentiasa Lebih Hijau

img001

Gambar di atas diambil 6 tahun yang lepas, ketika masih bergelar “Ah Long with a license one”. Kerja swasta, gaji ok, bonus lumayan, tapi tiada life. Selalu balik lewat malam, kena paksa stay back di dua minggu terakhir, weekend pun masuk kerja, dan kadang-kadang rasa seakan-akan menindas insan lain apabila terpaksa naikkan kadar interest pinjaman, rumah dilelong, bankruptcy dan pelbagai lagi.

Jarum diputar, kerja sekarang lebih banyak masa bersama keluarga. Kerja di mana-mana pun, tentu ada cabaran dan dugaannya. Bak kata pepatah, the grass is not always greener on the other side (Rumput Tidak Sentiasa Lebih Hijau di luar sana). Ada yang berjaya, ada yang kurang berjaya apabila beralih. Ada rakan junior, beralih ke tempat yang menawarkan gaji yang lebih lumayan, tak sampai sebulan berhenti dan sekarang sudah beberapa bulan mengganggur. Ada pula, yang join kerjaya lain bergerak sendiri, Income boleh dikatakan 5 angka sebulan dan berkali ganda dari gaji asalnya. Tepuk dada, tanya selera. Ada yang berjaya, ada yang kecundang, Itulah Kehidupan.

Apapun, Eyriqazz kagum dengan dua orang rakan bloggers ini. Seorang Jutawan Hartanah , Seorang Lagi Businesswoman Berjaya . Kerjaya mereka sebelum ini di salah sebuah Bank terkemuka dan syarikat ternama, beralih arah dan nampak lebih gembira dan senyuman sentiasa menguntum. Menyusun langkah , eyriqazz sertai Seminar Buat Duit dengan Blog , siapa tahu suatu hari nanti mampu mengikut jejak langkah mereka dan menjadi Usahawan Berjaya seperti Bro Ini?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

36 thoughts on “Rumput Tidak Sentiasa Lebih Hijau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.