Rahsia Menabung RM45,000

savings-4

Adik, anytime adik dah boleh nak kahwin. Duit Simpanan Adik dalam Tabung Haji Mama simpankan sudah RM45,000, kata mak mertuaku. Curious, Adik Ipar lelaki yang tinggal bersamaku kini sudah berjaya mengumpul RM45,000 dalam tempoh 7 tahun. Fuhh, kagum. Gaji adik ipar ketika mula bekerja hanyalah around Rm2,000 dan sekarang mencecah RM3,000 namun sudah berjaya menyimpan sebanyak itu.

Apakah Rahsianya? Eyriqazz kongsikan rahsia menabung adik Ipar di sini :

1) Force Saving/ Tips Menabung Tabung Bunian 
–  Sejak mula bekerja adik ipar memberi RM500 kepada Mak Mertua. RM200 untuk Mak/Bapa Mertua, RM300 untuk simpanannya. Buku Akaun Tabung Haji disimpan oleh Mak Mertua jadi duit tak boleh keluar in case of emergency. Mak Mertua tidak ambil bahagiannya, semua disimpan di dalam Akaun Tabung Haji Adik Ipar. 7 tahun x RM500 x 12 = RM42,000. Tambah dividen dan simpanan yang dah ada, dapatla dalam RM45,000.

2) Berjimat Cermat
– Mudahke nak kasi Rm500 dengan balance yang tinggal? Adik Ipar memang pandai berjimat-cermat. Instead of tinggal di rumah sewa, dia tinggal dengan kami. Jadi dapatla menyimpan lebih sikit save elektrik, air, etc. Ehh, Adik Ipar kasi duit kat kami juga, RM300 sebulan untuk tambah apa yang patut, RM200 untuk PTPTN nya.

3) Ukur Baju Pada Badan Sendiri
– Adik Ipar Ukur Baju pada Badan Sendiri. Satu part yang saya kagum, adik ipar tiada kredit kad. Remaja dan Golongan Muda-Muda kini ramai yang terperangkap dengan jerat Kredit Kad, instead of menabung, sibuk membayar Interest Kredit Kad.

4) Bijak Merancang
– Fail to Plan, Plan to Fail. Adik Ipar sudah beli sebuah rumah di Shah Alam. Loan bersama dengan rakannya. Walaupun agak risky, namun jika ianya berjaya boleh dapat pulangan yang memuaskan. Completion hujung tahun ini dengan harga semasa kenaikan lebih kurang RM50 ribu dari harga yang dibeli . Jadi jika dijual, tolak-tolak RPGT dan early settlement, tetap dapat dalam RM10,000 seorang.

Betulla kata orang, nak menabung, “Kena Pay Yourself First dan kena ada disiplin yang kuat. The rest will come….. Apa kata anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

55 thoughts on “Rahsia Menabung RM45,000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.