Alif, Ba, Ta. Teringat-ingat lagi memori bersama Arwah Ayah belajar Al-Quran. Sejak kami belum bersekolah, arwah ayah begitu rajin mengajar kami Al-Quran. Kami adik beradik menaiki motosikal BBQ 7586 pergi mengaji dari selepas Maghrib sehinggalah lepas Isyak di satu tempat arwah Ayah mengajar. Waktu malam, memang kami tidak berpelesaran ke mana-mana, tempat mengaji inilah kami singgahi 5 hari seminggu. Sedikit sebanyak ianya mengasuh dan mengelakkan dari anasir-anasir yang tidak sihat dan berpeleseran tidak tentu hala tuju.
Fast forward, kesibukan bekerja dan menguruskan keluarga, masa banyak dihabiskan mengejar duniawi. Membaca Al-Quran misalnya, semakin berkurangan. Dulu zaman sekolah, hari-hari baca Al-Quran. Yup, saya akui, membaca Al-Quran ini antara salah satu tips berjaya dan lebih mudah mengingati sesuatu perkara i.e. pelajaran. Eyriqazz, bukannya seorang yang rajin belajar mahupun genius, tapi Alhamdulillah, berkat sentiasa membaca Al-Quran, ilmu mudah masuk dan berjaya mendapat result yang Cemerlang semasa SPM. 6 Agregat, antara pencapaian yang boleh dibanggakan ketika itu dan berjaya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negeri.
Macam-macam alasan kini yang diberikan untuk tidak membaca Al-Quran sentiasa. Sibuk, penat, bertangguh, dan pelbagai lagi. Surfing Internet dan dari rakan-rakan, Quran Pen Digital Reader antara yang direkomenkan untuk Eyriqazz, bukan saja berguna untuk Eyriqazz, tapi untuk keluarga especially boleh digunakan oleh Alisya dan Azim ketika mereka sedang membesar ini.
Rakan eyriqazz rekomenkan Quran Pen Digital Reader dari salah satu laman web ini :
Salah satu sebabnya, di sini menawarkan Quran Pen Murah iaitu RM250, jauh lebih murah dengan harga yang berada di pasaran sekitar RM300-RM500 . Dulu ada yang datang menjual di koperasi syarikat eyriqazz, tapi harga yang diberikan sekitar RM300+ . Antara informasi berkenaan Quran Pen Digital Reader ini :
Key Points yang menarik bagi Eyriqazz :
1) Terjemahan ayat ke dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris – Sambil membaca, bolehla fahami maknanya sekali. Dulu, masa PMR, pernah belajar bahasa Arab tapi dah banyak yang lupa sekarang.
2) Kualiti rakaman suara yang bermutu tinggi – Amat penting bagi Eyriqazz. Senangla sikit nak membaca Al-Quran dan mengajar anak-anak.
3) Bateri yang lebih tahan lama
4) Diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia – Ini paling penting rasanya. Kualiti sesuatu produk digital amatla penting agar tidak tertipu. Sekarang ni pelbagai produk tiruan dan mencurigakan berada di pasaran.
Apa yang termasuk di dalam harga RM250 ini? Antaranya :
2) Pen Pembaca Elektronik
Oh, tak payah rupanya menggunakan pen elektronik ini.

3) Set Iqra
Sesuai untuk kanak-kanak macam Alisya
Dah agak berumur ini, teringin juga untuk pergi belajar mengaji kembali, tapi faktor kewangan & masa antara membuatkan masih tertangguh lagi. Quran Pen Digital Reader mungkin boleh menjadi alternatif kepada Eyriqazz dan juga sesiapa yang mahu membina “Saham Akhirat”. Betul, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. In Shaa Allah, eyriqazz memang bercadang nak beli satu set Quran Pen Digital Reader.
Kadang-kadang, kita terfikir nak belikan hadiah apa untuk rakan-rakan yang bakal berkahwin atau saudara mara yang bakal menunaikan haji dan umrah? Mungkin Quran Pen Digital Reader boleh dijadikan salah satu pilihan. Diletakkan sekali sebagai Hantaran tentu ianya lebih menarik dipandang dan berguna di masa hadapan.
Sebelum membeli, rasanya elok kita lihat testimoni dari mereka yang pernah menggunakannya :
Testimoni dari Syed Ikhwan, antara Internet Marketer yang agak berjaya di Malaysia
Tepuk dada, tanya selera. Kehidupan dunia dan Akhirat perlula seimbang kan? Mana yang kurang perlu ditambahkan. Bukan Ustaz ataupun golongan kebiasaan, perubahan perlu berlaku kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum kita dapat mengubah Insan di sekeliling. In Shaa Allah, Quran Pen Digital Reader akan eyriqazz beli.
Bagi yang berminat, Info Lanjut bolehla layari melalui laman web ini :







sangat setuju… produk terbaik dunia akhirat…
staibaqhang menulis… Fotografi perkahwinan – Hanif dan Zubaidah (PhotoVillage Studio)
“Bateri tahan lebih lama” ; means rechargeable batt ke? Bole charge terus batt (mcm henpon / tablet) atau kena bwk keluar batt dan charge?
TQ
karipapsayur menulis… Ammi 32 / 4 = 8 months dan Program Akikah murah!
Saya kurang pasti part tu..Maybe boleh hubungi mereka di sales@quranpen.my ataupun 010 7884 323
eyriqazz menulis… Cadangan Saya Buat Astro Malaysia
ada rezeki lebih boleh order satu nanti inshaAllah

zuan menulis… > Rutin Harian Budak Praktikal Dari Senawang
In Shaa Allah
eyriqazz menulis… Cadangan Saya Buat Astro Malaysia
wahhhh Alhamdulillah sungguh berinovasi dan memudahkan.
sha menulis… Huggies Dry Pants : Change for Better Convenience
Anak2 seronok guna Al-Quran ni..walaubagaimanapun pemantauan ibubapa perlu ada..
Ustazah Ain menulis… Permohonan Mengikuti Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di Timur Tengah Bagi Sesi 2013/2014
kalau ada rezeki lebih boleh sambar satu..
hafiz menulis… Dapat cabutan bertuah dari Perodua
Sayapun bercadang nak sambar satu..Mungkin 2-3, boleh hadiahkan kepada ibu dan saudara mara di kampung…
eyriqazz menulis… Promosi Menarik dari Eizil Network
wah.. sangat menarik ni bro.. ada rezeki lebih boleh sambar satu ni
boni kacak menulis… Rumah Generasi Ke Dua Felda Di Felda Bukit Ramun Dan Felda Bukit Raja
mudah dah sekarang bila alat gini..saya ni sejak anak besar ni hari2 la kena mengaji sebab nak kena ajar anak mengaji sekali.kalau dia tengok ibu tak mengaji dia pun malas nak ngaji..kalau dulu masa dia kecik boleh kata malam jumaat je ngaji..baca yassin..
diana menulis… WANITA DENGAN 5 SUAMI