Penyewa Idaman Pelabur Hartanah

Penyewa Bagus, Hati Tenang. Rumah sewa Eyriqazz, lebih kurang setahun setengah disewakan. So far, memang bagus. Penyewa bayar on time, tak banyak kerenah, dan senang berurusan. Baru-baru ini, ada barang rosak di rumah sewa :

IMG_0796

Air Compressor Aircond rosak, Eyriqazz kata tolak sewa bulanan. Instead, penyewa cakap dia akan bayarkan. Fuhh, memang untung dapat penyewa camni. Kerosakan di rumah selama ini tidak pernah menyusahkan Eyriqazz. Instead, ditambahkan lagi Kitchen Kabinet dan terbaru minta permission nak tambahkan Aircond di salah satu bilik, kos ditanggung mereka sendiri.

Memang beruntung dalam Pelaburan Hartanah dapat penyewa camni. Sekadar perkongsian, Tips Menilai Bakal Penyewa yang turut dikongsikan di Jangan Baca Buku Ini :

1) Ketepatan Masa
2) Penampilan Diri
3) Gaya Pertuturan
4) Rupa Paras

Bagi yang tercari-cari tips terbaik menyewa rumah i.e. tips mencari penyewa dari syurga, menapis penyewa etc, saya rekomenkan untuk dapatkan Panduan Tips Sewaan Rumah ini yang ditulis tak lain tak bukan sifu saya, Abangensem. Dapatkan di sini –> Tips Sewaan Rumah

 

Tips yang No. 1 dan 3 tu memang Eyriqazz praktikkan semasa memilih Bakal Penyewa dulu. Alhamdulillah, short term pain shortlisted bakal penyewa memberikan Long Term Gain. Hati tenang, Duit Masuk, CashFlow bertambah, bolehla merancang untuk Pelaburan Hartanah seterusnya.

P.s : Pentingke  Menilai Bakal Penyewa ? Kongsi-kongsikan…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

22 thoughts on “Penyewa Idaman Pelabur Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.