Semalam, pertama kali mencuba Berbekam @ Bekam Darah di Uptown Danau Kota. Dah lama nak mencuba sebelum ini, tapi tidak berkesempatan dan agak gementar especially bila tengok darah ni. Hik3, Eyriqazz ni Mabuk darah juga. Kata Abang yang buat bekam eyriqazz, ada Bekam Angin dan Bekam Darah.
RM15 satu Cup. Eyriqazz nak mencuba, so ambil 4 Cup. 2 di kaki kiri, dua di kaki kanan. Time dia letakkan Cup, ada cup yang jatuh selepas diletakkan. Katanya banyak angin dalam badan so angin itu menendang Cup tersebut. Fuhh, patutla kadang-kadang Selalu angin satu badan?
Selepas tu, dia cucuk menggunakan jarum yang lebih kurang jarum nak buat ujian darah. Lubang-lubang kecil dicucuk-cucuk. Rasala sakit sikit-sikit. Sikitje, macam kena gigit kerengga.
Pekat dan banyak darah yang keluar di kaki kiri. Katanya banyak darah kotor. Masa darah ni keluar, rasa pening-pening sikit, almaklumla eyriqazz ni mabuk darah sikit. Tapi untuk kesihatan, beranikan diri. Yerla, lifestyle yang kurang aktif dan kurang bersenam, rawatan alternatif sebegini memang disyorkan.
Kaki sebelah kanan, darah keluar tak sebanyak di sebelah kiri. Haah, kaki kiri yang selalu kebas-kebas especially kalau duduk lama-lama. Memang layan juga bila darah kotor disedut.
Suasana di tempat mengurut. Berdepan dengan banyak stall makanan yang dibuka ketika Uptown dibuka. Memang meriah.
Layan, rasa macam tak puas lagi, tambah lagi dua Cup di kaki sebelah kiri. Hihihi, boleh tahan juga darah kotor yang keluar. Berdenyut-denyut rasa kaki. Satu perasaan yang “Agak Sedap”. Yerla, bila darah kotor keluar, tentula badan rasa lebih bagus kan?
Antara Kelebihan Berbekam :
*Membantu menghilangkan pening dan migrain.
* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
Kredit : Tentang Bekam, Kebaikan Berbekam
Selepas berbekam kat kaki ni, rasa kaki lebih ringan. Tidur lebih lena dan hati rasa lebih tenang. Lepas ni boleh la buat bekam lagi.
Selain berbekam, perkhidmatan mengurut turut disediakan di sini
Bila baca Pengalaman Cikgu Laili berbekam, tempat yang dia pergi lagi murah rupanya. RM5 je satu Cup. Maybe next time bolehla singgah sana pula. Lokasinya pun tak jauh sangat dari rumah Eyriqazz. Overall, memang best berbekam ni. Tak Sakit mana pun dan kesannya boleh dirasai serta merta. Cuma, selepas berbekam tu kenala ada pantang larangnya i.e. pantang minum ais untuk beberapa hari especially air tebu dan kelapa.
P.s : Pernah Berbekam? Apa Pandangan Anda?
mahal juga satu cup rm15.pernah buat rm5.buat di kepala lagi
faizalpj recently posted…TravelEurope London Part 3 : Bicester Village Dalam Kenangan
Haah..mahal juga…standard harga di shopping complex…
eyriqazz recently posted…Pengalaman Berbekam Pertama Kali
Tak pernah cuba..tapi banyak testimoni kata best,berbekam pun sunnah 🙂
azman recently posted…Berkelah di Sg Tua Ulu Yam dan Layan Slow Shutter
Memang best dan menyihatkan
eyriqazz recently posted…Pengalaman Berbekam Pertama Kali
Best juga ni. Nak suh hasben su buat. Dia mmg slu skit kpla.. Tgk iman buat pun rasa macam ringan je bdn. Lbh2 lg kt kaki..
Suliana recently posted…health check
Yup..memang rasa lebih ringan dan sihat…
eyriqazz recently posted…Pengalaman Berbekam Pertama Kali
pernah, sekali. Gua terlalu sibuk nak berbekam sekarang ni. haha..
titan recently posted…Gua bukan Pakar SEO.
Fuhh, makin sibuk businessman cendol skangni
eyriqazz recently posted…Pengalaman Berbekam Pertama Kali
den tak pernah berbekam lagi, mcm best…nak trylah esok lusa…;)
papa mifz recently posted…Pemenang Contest Kaca Mata PapaMifz.com
tryla..memang cool dan menyihatkan…
rasanya bekam ni memang dituntut dalam Islam.rasanyalah,saya pon tak pasti
rozuan recently posted…GAMBAR ANAK LELAKI SULUNG AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA
Yup..
tak sangka pula eyriqazz pun baru pertama kali berbekam macam saya. bukan senang nak cari juru bekam perempuan. alhamdulillah di Pusat Bekam Sunnah Al-Hajari menyediakan khidmat bekam bagi perempuan.
apalagi..saya pun ambillah peluang untuk bekam kepala, badan & kaki. alhamdulillah nampak banyak perubahan terutama sakit di bahagian kaki (bekas accident tahun 2003). 10 tahun berlalu tapi baru-baru ni terasa sakitnya. di bahagian itulah paling banyak darah yang keluar.
Belum pernah berbekam. Saya kurang yakin tahap kebersihan peralatan bekam yang digunakan terutama di gunakan semula boleh menyebab ‘cross infection’ boleh berlaku. Elok buat bekam tempat yang bertauliah. Komen ini mungkin menimbulkan kurang senang sesetengah pihak saya terlebih dahulu memohon maaf.