Adakah Eyriqazz Kena Tipu di AEON Wangsa Maju?

Ketika di AEON Wangsa Maju tadi, ketika sedang duduk di kerusi, eyriqazz diteguri oleh seorang lelaki. Katanya berbangsa Chinese tapi dari raut mukanya nampak macam kacukan Sabah. Dia minta tahu jalan ke Balai Polis Danau Kota . Eyriqazz cakap, nak berjalan kaki agak jauh, better ambil teksi.

Diapun memulakan ceritanya. Katanya dia baru dirompak oleh lelaki berbangsa India. Kereta, wallet, dan handsetnya habis dirompak. Berpakaian seluar pendek dengan berselipar. Sudah pergi ke Balai Polis Wangsa Maju tapi katanya dua pegawai polis yang bekerja di kaunter bercuti. Jadi, dia kena buat laporan di Balai Polis Danau Kota. Agak pelik, takkan takde back up pegawai polis?

Gaya bahasa dan rupanya nampak dia macam kesusahan. Katanya boleh tak tumpangkan dia ke Balai Polis Danau Kota. Kata Eyriqazz tak boleh kerana eyriqazz baruje sampai dan datang bersama family plus tak kenal dia. Sempat la juga bertanya kenapa dia datang ke AEON Wangsa Maju. Katanya nak jumpa kawan tapi last minute kawan dia telefon ada emergency kena pergi Pulau Pinang. Katanya dia tinggal di Damansara dan sudah menelefon pakciknya namun Pakciknya cakap settlekan dulu kes dia, nanti dia datang ambil.

Dengan muka yang agak sedih, dia mohon Eyriqazz pinjamkan or hulurkan RM20 untuk dia buat tambang ke Balai Polis Danau Kota dan pulang ke Damansara. Entah kenapa, kepala eyriqazz agak mamai dan terasa agak sedih dengan ceritanya. Eyriqazz hulurkan RM20 kepadanya dan dihulurkan tangannya tanda terimakasih.

Lepas Eyriqazz hulurkan RM20, dia berlalu pergi dan naik escalator ke atas. Umm, eyriqazz berfikir, escalator ke atas tempat parking kereta. Kenapa tidak turun ke bawah ambil teksi terus?  Bila berlalu pergi, Isteri cakap, Papa, boleh percaya ke dia tu? Entah-entah dia tipu. Fikir-fikir balik, ada juga yang macam kurang logik ceritanya i.e. tiada pegawai di Balai Polis dan kenapa rakannya dan bapa saudaranya tidak boleh menolong anak buah nya di kala begini? Plus, kenapa dia tidak adukan kepada pihak Security AEON?

Umm, time ni eyriqazz mula fikir, mungkin eyriqazz sudah kena tipu. Tapi, apa kata kalau ceritanya betul? Takpela, kalau dia tipu, mungkin itu bukan rezeki eyriqazz. Kalau ceritanya betul, at least, eyriqazz sudah membantu dia di kala kesusahan.

P.s : Apa pula pandangan anda, Adakah Eyriqazz Sudah kena Tipu atau sebaliknya?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

58 thoughts on “Adakah Eyriqazz Kena Tipu di AEON Wangsa Maju?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.