Suka Duka Offline Contest

by eyriqazz on 18 February 2013

in contest, penulis jemputan

Alhamdulilah, me diberi peluang sekali lagi untuk menulis di blog Eyriqazz.com. Tajuk yang diberikan sangat dekat di hati me. Terima kasih Eyriqazz kerana memberi tajuk ini.

Izinkan me memberitahu yang me harap entry me ni dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca terutamanya kaum wanita.

Me bermula dengan contest ni actually bukan masa me dah dewasa. Masa me sekolah rendah, me masuk contest Panini. Kalau you alls nak tahu Panini ada contest melengkapkan buku sticker. Me ingat lagi buku me tu bertemakan haiwan. Senang ajer contest ni. Kena beli pelekat. Setiap satu pack tu ada sebanyak 5-10 pelekat so kena lengkapkan buku tu. Lepas lengkap terus hantar borang. Hasilnya me dapat hadiah saguhati berupa set alatulis Panini. Masa tu hadiah set alatulis dah buat me teruja.

Candlelight dinner untuk 2 orang hadiah me menang di Mix FM masa tu me masih single dan kerja di Kontena Nasional. Setelah me dah kahwin dan ada anak pulak tu, me cenderung nak masuk pertandingan bayi. Ada few contest yang anak me menang antaranya No. 3 Prince & Princess Contest anjuran Carrefour dan hadiah saguhati contest Parkson Fairy Tale.

Ada juga baby contest yang me masuk, kena vote kat facebook. Me pun email la kepada ramai orang. Sampai ada seorang ni cakap kat me ‘awak suka sangat masuk contest. Best sangat ke?’. Dalam pengalaman pahit tu ada juga pengalaman manis di mana me kenal my bff Suzi di alam maya. Suzi suruh me vote anak dier :-)  Ayu dan Mira juga me kenal di alam maya. Ibu blogger yang suka masuk contest.

Di alam contest ada masa kita tak menang apa-apa, ada masa kita akan menang sesuatu yang menarik. Bagi me pengalaman paling me tak dapat lupakan ialah apabila me menang kereta Mazda 3 dari Contest Alami Prestasi Sebenar P&G. Me tak sangka yang me menang hadiah ni. Mana mungkin me lupa sebab hadiah kereta yang me dapat ni diumumkan di facebook 2 hari selepas mama me meninggal.

mazda3

Majlis penyampaian hadiah pemenang Contest Alami Prestasi Sebenar di Bermaz Auto Petaling Jaya. Info di SINI

Rezeki akhir tahun lepas me dalam contest Palmolive. Me dapat shopping di AEONMidvalley selama sejam dengan Siti Saleha bernilai RM10,000. Seronok Dania sebab baju baru sekolahnya diacu di badan dengan Kak Siti Saleha. Info di SINI.

Shopping Spree Siti Saleha Palmolive019

Me juga pernah masuk segmen Ibu & Anak Sama Hobi dalam Majalah Keluarga Oktober 2012. Hobi kami anak beranak ialah suka masuk contest J

Keluarga Okt 2012021

Pada tahun 2009, pengalaman manis me kerana esei yang me tulis untuk Johnson & Johnson tu difilemkan dalam Telemovie Buih Buih Cinta yang disiarkan di TV9 dan TV3. Watak me dilakonkan oleh Lisdawati dan suaminya. Me dapat hadiah berupa pakej percutian untuk 4 orang ke Bali. Selain itu, me pun ada keluar di akhir telemovie itu selaku pemenang dan advertorial me keluar dalam 3 majalah antaranya Majalah Keluarga,

J&J017Nona

J&J1020

 Wanita

Me suka sangat contest yang perlu menulis esei diantaranya contest Johnson & Johnson, Dutch Lady, Jacob, Dumex. Ada diantara contest2 ini yang me menang hadiah utama dan ada yang me menang hadiah saguhati. Me rasa untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam contest supaya mencuba contest yang mereka gemari. Bagi me, me suka contest yang kena hantar gambar, esei dan contest berupa slogan.

Me sebolehnya elakkan contest yang memerlukan pembelian terbanyak. To be honest, kalau kita takde modal yang besar, jangan sesekali mencuba masuk peraduan jenis ni kerana me kenal ‘otai’ peraduan yang sanggup melaburkan ribuan ringgit untuk membeli bukti pembelian yang banyak.

Dutch Lady 018

Me dan anak me Dania dalam paper Star kerana hasil tulisan me tentang pengalaman anak masuk sekolah antara 3 pemenang utama. Motif pihak Dutch Lady untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa pengalaman menangani anak yang baru nak masuk sekolah.

Banyak cabaran yang perlu kita tempuhi jika kita mahu berjaya dalam contest. Me pernah tulis beratus borang peraduan sampai sakit tangan, dari segi kewangan sebab me tak kerja jadi me memerlukan sokongan suami ye tak. Adakalanya me kena tempuh hujan lebat dek kerana nak submit borang peraduan by hand sebab sudah kesuntukan masa. Ada juga kes di mana ada yang tidak puas hati di atas kemenangan me. Ini semua asam garam dalam bercontest. Itu tak masuk kena stay up sampai pagi dek kerana nak menulis borang peraduan.

Pa&Ma Okt 2010a022

Artikel me dalam Majalah Pa&Ma Oktober 2010 page 1

Pa&Ma Okt 2010b023

 Artikel me dalam Majalah Pa&Ma Oktober 2010 page 2

Pernah tak tengok cerita 3 Idiot lakonan Aamir Khan? Dalam cerita itu beliau ada menyatakan apabila kita buat apa yang kita minat, kita akan berjaya. Anda pun boleh berjaya jika buat apa yang anda minat.

Antara banyak-banyak contest, Contest Hari-Hari ni yang membuatkan banner me terpampang besar di Ole Ole Sha Alam.Ada kawan me area Shah Alam call me pagi-pagi cakap banner besar me kat Hari-Hari di Ole Ole Seksyen 19 Shah Alam. Yang me dukung tu anak saudara me yek. Hehe. Anak me pun masa ni kecik lagi.

Hari hari

Untuk berjaya, you alls kena ada minat. Rezeki ni maha luas kan. Adakalanya tak semua kita dapat. Kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Walaubagaimanapun rezeki kita semua dah ditentukan oleh yang maha esa.

Tips me :

1. Hantarlah borang peraduan lebih daripada 1, kalau lebih pun lagi bagus kerana peluang kemenangan itu lebih cerah.

2. Hantar pada awal pertandingan dijalankan. Jangan tangguh sebab khuatir kita akan lupa tentang contest itu.

3.  Study betul2 apa yang diperlukan oleh contest itu.

4. Ikut kemampuan kita dan jangan membazir. Bagi me, me masuk contest yang me guna barang tersebut.

5. Sentiasa merendah diri kerana ia membolehkan kita akan terus berusaha untuk berjaya.

Paling utama, kalau tak menang dalam sesuatu contest, jangan mudah putus asa kerana one fine day kita pula yang akan menang. Cuma cepat atau lambat ajer. Harap entry me ni dapat memberi inspirasi kepada semua.

* Entri ini adalah hasil nukilan dari Penulis Jemputan yang dijemput oleh Eyriqazz iaitu  Ezna Binti Ahmad Khalili  yang menulis  di http://www.eznakhalili.com/

  • ayuarjuna 18 February 2013 at 2:39 pm

    entry dari my sifu….
    retis gitewww :)
    ayuarjuna menulis… Dapat Hadiah Antara My Obses Tanpa HentiMy Profile

  • sha 18 February 2013 at 2:53 pm

    tahniah buat Ezna di atas kemenangan yang sangat banyak dan membanggakan :)
    sha menulis… Kolam Pancing Udang Sg Tangkas, Bangi (Teaser)My Profile

  • Myvitrd 18 February 2013 at 3:01 pm

    Tahniah2.. dimana ada usaha.. disitu ada kejayaan… pernah menang sekali je contest offline ni dulu under karangkraf.. dapatlah sijil simpanan premium RM100.. hehehe
    Myvitrd menulis… Baby Pillow | Bantal Herba Dari Daun TehMy Profile

  • mz 18 February 2013 at 3:04 pm

    terbaekkk ezz!! tak semua org boleh menang keta and u are one of the LUCKY ones!!!!!
    mz menulis… Review jujur | Restoran Upin & IpinMy Profile

  • hairulafiz 18 February 2013 at 3:28 pm

    wah bertuahnya dapat kereta lagi….
    hairulafiz menulis… Trip ke Melaka WonderlandMy Profile

  • wandisini 18 February 2013 at 3:29 pm

    nasih baik siti saleha yang try kan baju sekolah ke anak, kalau dia acukan baju kerja kat suami, mesti lagi tersyum lebar suami Pn. Ezna tu.hehe…

    dapat hadiah Mazda 3…perghh..ini bukan pengalaman tak boleh lupa. kalau aku dapat hadiah macam ni, mau tidur kat parking kereta, nak tengok kereta je. tak nak lelap.. :)

    ini lah rupanya tuan badan gambar kat hari-hari s.alam tu eh…dulu selalu tengok sebab selalu lepak kat kedai mamak area situ.

    memang hebat Pn. Ezna ni
    contest offline aku jarang sekali join.apatah lagi nak menang
    wandisini menulis… Rawatan Cara Islam Anak Kerap Menangis MalamMy Profile

  • diana 18 February 2013 at 5:00 pm

    saya pun kalau kontest tu kena ada bukti pembelian yang banyak memang tak join..lagi2 barng tu kita tak guna,malas la nak join..sejak berblog ni la saya selalu menang kontest.yang penting jangan putus asa.bila baca post ni lagi semangat nak join banyak2 kontest..heheh
    diana menulis… MAISARA:jamMy Profile

  • ibu emir 18 February 2013 at 6:18 pm

    Dear ezna.. I bangge dgn u punye achievement.. sbb ade u ayu n suzi la I semangat join contest walaupun skarang mood ke laut..

  • gieyana 18 February 2013 at 7:37 pm

    Tahniah ezna..me pernah try contest yg senang2 ja..cam gambar..:-)
    gieyana menulis… Pengalaman membuat passport antarabangsa utk kanak2..My Profile

  • devi 18 February 2013 at 8:28 pm

    cerita begini memang mencetuskan inspirasi sekaligus memberi semangat untuk diri saya berusaha dan membuat yg terbaik. tahniah ezna. u memang sungguh humble and friendly. semoga rezeki mencurah curah :) #ambik aura nak menang kereta…hehehe

  • sharinginfoz 18 February 2013 at 9:09 pm

    cayalah memang superb betul, rajin dan of course tak mudah mengaku kalah
    sharinginfoz menulis… Banjir di Hadapan IOI Mall PuchongMy Profile

  • akubiomed 19 February 2013 at 1:02 am

    Wah personaliti yang hebat.
    akubiomed menulis… Rumah tradsional melayu di kampung MortenMy Profile

  • ecadwinkyasha 19 February 2013 at 1:04 am

    wahhh.jadi inspirasi ne nak join offlien contest.
    ecadwinkyasha menulis… Ranking & Traffik BlogMy Profile

  • KiD 19 February 2013 at 6:51 am

    tahniah.. tahniah… ezna.. sampai banyak sungguh kemenangan itu.. :)
    KiD menulis… Kenali Anggota Tubuh Badan Bersama AnakMy Profile

  • yangbaik 19 February 2013 at 11:08 pm

    sungguh-sungguh jadi inspirasi… tahniah dan teruskan usaha :)
    yangbaik menulis… Ada apa dengan Suara HatiMy Profile

  • Akma 20 February 2013 at 3:05 pm

    Seronoknye…saye pun join contest montest ni sebab tgk sis Suzi punya luck. Tambah lagi ramai rupanya yg suka contest ni termasuk sepupu suami saya sis Aisah tu…dan ramai lagilah yg byk exp menang hadiah superb..lagi lah nak berusaha utk cuba nasib. Nak minta aura menang…dan menang lagi n mood serta motivasi tinggi utk join lebih byk contest. Semoga kita sntiasa dimurahkan rezeki selalu utk menang..menang lagi hadiah.. Insya Allah. Aamin
    Akma menulis… Hadiah TERBAIKMy Profile

  • hasrulhassan 21 February 2013 at 1:45 am

    Erkkk agak sukar mulanya nak faham isi entri ni. Tapi pelan-pelan gak baca sebab menarik perhatian saya. Saya antara ramai manusia yang suka dengan Offline contest ni. Pernah menang tv, wang tunai, bekalan susu dan beberapa lagi.

    Memang suka masuk. Dah banyak kali masuk tapi biasalah, memang sukar nak menang.
    hasrulhassan menulis… Tips Tingkatkan Kelajuan Internet Untuk BloggerMy Profile

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge

Previous post:

Next post: