Sila Gunakan Bloggers Secara Percuma

Sepetang bersama Blogger 2013 23

Sambungan Luahan Hati Seorang Blogger. Terima e-mail dari PR company, yang saya rasakan cuba untuk mengambil kesempatan di atas bloggers. Saya copykan di sini :

“Eyriqazz,

Selamat Pagi, saya daripada xxx PR dengan klient kami Himalaya ingin menjemput Eyriqazz untuk menyertai kempen untuk produk Ayurslim dan kami ingin tahu kalau Eyriqazz berminat.

Oleh sebab ruang terhad (Top 10 bloggers sahaja), saya amat berharap puan mempertimbangkan dan membalas balik dengan jawapan jika Eyriqazz berminat secepat mungkin. Terima Kasih.

– Baik punya pancing, siap suruh balas segera dan letak ruang terhad top 10 bloggers –

Jawapan Eyriqazz :

” Any payment? If no, i think i’m gonna pass”

Jawapan balas :

” Hi Eyriqazz,

Unfortunately there are no payments, but it has fun events and we do provide free product samples and light refreshments, and also a chance to socialize and meet other bloggers such as yourself.”
Jawapan Eyriqazz :
Owwh, ok then.I think i’m gonna reject it.I don’t blog for free especially i need to take a lot of effort to come, time spend, and also writing an entry.
Honestly, berdasarkan pengalaman Eyriqazz, PR Company ini sudah dibayar at least 4-5 angka menjemput bloggers datang. We do almost everything, mereka yang dapat hasilnya. Ala, lebih kurang “lembu punya susu, Sapi dapat nama”. Yup, saya datang juga free kalau ianya berkonsep win-win i.e. bigger exposure/branding for my blog. Tapi yg ni rasanya, “Win-Loss” situation.
P.s : “Pergunakanlah Bloggers secara percuma, kami memang suka buat benda-benda free dan menguntungkan satu pihak saja” . Faham-faham la maksud tersirat yang cuba disampaikan.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

94 thoughts on “Sila Gunakan Bloggers Secara Percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.