Eyriqazz.com Eyriqazz.com
Menu
Search
Saya Bukan Suami Yang Suka Merajuk

Nama saya Hisyamudin Fadzil. Nama glamour saya Kid , penulis blog diĀ Shakiddo.Com. Saya seorang yang happy go Lucky, Penyayang, Romantik, Jiwang, Suka Budak, Tak Suka Makan Taugeh, dan bukannya Seorang Suami yang Suka Merajuk. Saya mungkin nampak jambu, tapi “Dalam Hati Ada Taman”. Dulu, ramai gadis-gadis cantik terpikat dengan saya, ramai yang kata saya ni ada Iras-Iras “P Ramlee”.

Saya “Taiko Unifi” yang bertauliah. Kalau anda rasa nak upgrade ke Unifi, hubungila saya. Saya akan berikan perkhidmatan terbaik. Antara bloggers yang pernah menggunakan servis saya antaranya Abang Ensem, Dr. Aslam dan ramai lagi. Unifi sememangnya perkhidmatan Internet yang terbaik di Malaysia, memang rugi jika anda tidak turut serta menjadi “Unifi Blogger”.

Ada blogger yang berikan title “Raja Komen” kepada saya. Saya akui, saya memang suka mengomen kerana saya tahu semua bloggers di malaysia suka baca komen blog mereka. Macam Eyriqazz tu, rasanya setiap beberapa jam mesti dia check entrinya ada tak komen yang muncul. Kalau takde orang mengomen, rasa suam-suam kukuje entri yang ditulis kan? Jangan rasa down, kalau blog korang takde orang nak komen, terjahla blog saya dan komen. Nanti saya komen berlemon-lemon di blog anda. Setakat ini, komen terbanyak di blog-blog terkenal seperti Denaihati, Redmummy, dan ramai lagi memang saya yang pegang.

sha SBB2013

Hari ini Birthday My Sha, Isteri tersayang. Isteri dan Ibu yang sangat penyayang. Teringat lagi zaman bercinta dulu makan nasi lemak tiga bucu kongsi berdua. Last-last saya habiskan 3/4, My Sha habiskan yang selebihnya. Tak lupa juga detik-detik saya kena kejar dengan Angsa ketika mula-mula nak mengorat My Sha. Berdesut-desut saya lari sampaikan hampir nak jatuh longkang.

“Semalam saya kira bintang di Langit, Saya Nampak 100 bintang. Hari Ini, Saya Kira lagi bintang di langit. Kira-kira, ada 99 saja bintang. Rupanya satu bintang itu ada di Hati Awak” – Copy dialog Shiro Maharaja Lawak-

Saya ada Seorang Abang. Hazman Fadzil namanya. Seorang Food Blogger Malaysia yang popular. Haah, yang sebelah saya itu. Walaupun rupanya tidak sekacak Aaron Aziz mahupun Fahrin Ahmad, namun dia seorang abang yang sangat baik. Mesra dengan kanak-kanak. Memang ada bakat jadi Bapa yang penyayang. The Best Part is, dia masih Single dan Available. Memang bertuah siapa yang bakal jadi Kakak Ipar saya. Kalau berminat, hantarkan resume “Calon Isteri” untuk saya tapis terlebih dulu.

Sekian dulu coretan dari saya. Saya tahu saya tak pandai mengayat macam Melromeo ataupun Zack Zuckhairi tapi saya punya hati yang tulus. Kalau tak percaya, boleh tanya abang saya atau Uncle Eyriqazz. Kan, kan?

Sebelum berundur, sayapun nak cuba berpantun macam Eyriqazz :

Saya Bukan Suami Yang Suka Merajuk
Wajah menusuk ibarat P. Ramlee
Usah cuba diketuk-ketuk
Setiaku hanya pada si Isteri

-Ikhlas, Shakiddo bukan Penulis Sebenar-

arrow18 Responses

  1. 2 mos, 3 wks ago

    Bukan setakat Raja Komen tetapi Raja Trafik Mencanak. :-)
    akubiomed menulis… Rumah tradsional melayu di kampung MortenMy Profile

  2. 2 mos, 3 wks ago

    anak kesayangan nuffnang neyh…………….nak minta share sikit earning tu next time :P
    ecadwinkyasha menulis… Ranking & Traffik BlogMy Profile

  3. 2 mos, 3 wks ago

    kenal kid sebab selalu tengok komen dia ada di mana mana..
    memang sesuai gelaran itu pada nya
    Datin Tyka menulis… Hukum Berbual Manja Dalam Telefon Atau SMSMy Profile

  4. 2 mos, 3 wks ago

    Kid telah berjaya di bahankan..
    fazrol menulis… Kenanga Wholesale City syurga bagi kaum wanita!My Profile

  5. 2 mos, 3 wks ago

    muahahaahahahaaa.. tersedak sedak aku time tidur nanti.. siap nanti aku buat karangan untuk GTO.. hik3
    KiD menulis… Happy Birthday My Sha | 31 Tahun SudahMy Profile

  6. 2 mos, 3 wks ago

    Sapa kid ni.. hahaha.. raja BE ni.. hehehe
    Myvitrd menulis… Baby Pillow | Bantal Herba Dari Daun TehMy Profile

  7. 2 mos, 3 wks ago

    Ini Blogger memang boleh jadi super Blogger ini tahun … tak percaya??? kita tunggu sama-sama
    Denaihati menulis… Malaysia International Tourism Blogger Awards 2013My Profile

  8. 2 mos, 3 wks ago

    Nanti saya hantar RESUME untuk jadi adik ipar Uncle Eyriqazz…..ahakssss
    hazman aka species1980 menulis… Kemeriahan Laser Tag REDMUMMY Championship TournamentMy Profile

  9. 2 mos, 3 wks ago

    bahagia sungguh…sweet je hhehe

  10. 2 mos, 3 wks ago

    kalau suami kuat merajuk tak hensemlah…
    hairulafiz menulis… Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs Lion XIIMy Profile

  11. 2 mos, 3 wks ago

    rupanya me jumpa Kid kat event lasertag RedMummy….hehehe. Tapi tak tau dia ni Kid. Tiba je dari Brisbane pagi tu terus ke event RedMummy…..super power sungguh me…:-)
    ezna menulis… Gold Coast 10 Feb 2013My Profile

  12. 2 mos, 3 wks ago

    amboi..amboi..amboi…
    heheheh…best entry nih…:P
    diana menulis… MAISARAMy Profile

  13. 2 mos, 3 wks ago

    hahahah ni konpem bukan kid yg taip kan? eyriqazz ni lahh hehehe
    sha menulis… Kolam Pancing Udang Sg Tangkas, Bangi (Teaser)My Profile

  14. 2 mos, 3 wks ago

    Huhu, comelnya isteri abam :)
    nur emilya menulis… Bahayanya LinkwithinMy Profile

  15. 2 mos, 3 wks ago

    saya comel tak?? hehehehee
    KiD menulis… Happy Birthday My Sha | 31 Tahun SudahMy Profile

  16. 2 mos, 3 wks ago

    eloklah… jadi suami tak elok merajuk… nanti lagi cepat tua… hehehe
    yangbaik menulis… Ada apa dengan Suara HatiMy Profile

  17. 2 mos, 3 wks ago

    suami majok baru romantik la
    budak kampung menulis… Berbaloi ke?My Profile

  18. 2 mos, 3 wks ago

    merajuk kan normal bagi suami. hehe
    ohcikgu menulis… Petua Guru untuk menjadi Guru Cemerlang dan Terbilang dan Kacak.My Profile

Leave A Comment

CommentLuv badge