Samsung Galaxy SIII Mini Pilihan Isteri

Isteri semakin mencemburui semenjak Eyriqazz bertukar kepada iPhone 5. Tak boleh jadi katanya, nak kena upgrade handset Nokianya yang lebih kurang 2 tahun digunakan. Ditambah lagi bateri telefon Nokia tersebut asyik On-Off . Biasalah, handset pun ada lifespan dia juga kan?

Weekend lepas, bawala dia survey-survey handset di Kedai Samsung KLCC. 3 jenama handset yang dishortlistedkannya dengan duit bonus dia dan eyriqazz berikan yang masih belum terusik around RM2.5K. Samsung Galaxy Notes II  (RM2,250) , Samsung Galaxy SIII (1,999) dan Samsung Galaxy SIII Mini (RM1,199).

Dipendekkan cerita, Isteri berkenan dengan Samsung Galaxy SIII mini coz harganya paling murah dan tak perlu keluarkan lebih banyak bajet. Boleh la simpan duit selebihnya di Tabung Haji dan simpanan di masa hadapan.

Hari Ahad, singgah Wangsa Walk pula. Harga lebih kurang. Tapi jumpa satu kedai Samsung yang jual pada harga RM1,119 (termasuk Casing Original). Save la dalam RM80.

Samsung Galaxy SIII Mini 2Samsung Galaxy SII Mini Pilihan Isteri
Save la bajet skit untuk sms lepas ni, boleh Whats App kan saje
Cuma kena upgradekan Data Plan laa pula

Samsung Galaxy SIII MiniHantu Pink Betoi, Casing pun beli warna Pink

Tersenyum nampak Si Isteri dapat upgradekan handset. Habisla lepas ni, habis ber Whats App la dengan rakan-rakannya. Isteri happy, Suami pun happy kan? Itulah rumahtangga, seronok melihat insan tersayang gembira.

P.s : Apple vs Android, agak-agak mana yang menang?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Samsung Galaxy SIII Mini Pilihan Isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.