Lebih Mahal Percuma, Lebih Murah Kena Bayar

Terbaca entri Kak Jie yang bertajuk Unsubscribe Pakej Astro dan Daftar Astro On The Go. Dah lama juga sebenarnya buat perancangan untuk cancelkan Sport Channel kerana bayarannya yang agak mahal + saya pun jarang ada masa layan Sports Channel. Pasang dulu pun kerana fikirkan nak layan EPL dan Adik Ipar pun suka layan bola. Tapi bila dah discuss dengan Isteri dan Adik Ipar, ambil keputusan untuk Cancelkan Sport Channel ini.

2 hari lepas, ambil langkah yang sama seperti Kak Jie, telefon Astro Customer Service di 1300823838, cancelkan package Sport dan ambil pakej learning. Tambah tolak, penjimatan lebih kurang Rm20+ sebulan. Fuhh, mahal rupanya Sport Channel ni ya? Bila dah call customer servicenya, pelik juga. Charge dikenakan Rm10. Switching fees namanya. Dikenakan kalau downgrade pakej. Tapi kalau upgrade pakej, percuma katanya.

Pelik juga, kenapa ianya berbeza padahal rasanya ianya semuanya dibuat melalui sistem komputer. Tak sampai setengah jam, dapat pakej baru dan Sport Channel sudah tiada. Umm, untung-untung je Astro dapat RM10. Itu seorang customer, kalau 10,000 customer sebulan? Setahun? No wonder, Astro di tangga pertama di Maybank2u untuk bayaran bil paling banyak/kerap.

Inilah strategi bisnes namanya. Semuanya berlandaskan kepada keuntungan. Kan best kalau dapat mengikut Jejak Langkah Pelari Tegar ini, rumah langsung tak perlukan Astro. Myself, bil Astro sebulan around RM100+. Kalau 5 tahun ni tak guna astro, rasanya dah save dalam RM6 ribu. No wonder rumahnya berderet-deret dan semakin mengorak langkah menambah rumah lagi. Mantap strategi Pelaburan Hartanah Mamat Jogger ni.

Lebih Mahal Adalah Percuma
Mahu Rendah bayarla harga
Bila Monopoli inila jadinya
Suka suki nak buat apa-apa

Jadi Pengguna terpaksa menerima
Tiada pilihan yang setandingnya
Kalau bagus saya katakan bagus seadanya
Bila tidak jangan dipandang ringan suara Pengguna

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

44 thoughts on “Lebih Mahal Percuma, Lebih Murah Kena Bayar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.