Kos Rawatan di Hospital Swasta

Kos Rawatan di Hospital Swasta memang tinggi. Apakan daya, nak cepat, terpaksalah ke Hospital Swasta lebih-lebih yang sakit itu insan tersayang + kos rawatan ditanggung melalui Insurans yang dibeli oleh syarikat.

DSC05837

Pengalaman 5 hari 4 malam di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Azim yang batuk-batuk tidak hilang-hilang. Banyak kahak di paru-parunya, sama kes macam Anak Melastik Bintang.

Time kena Nebulizer ni memang sebak bila tengok Azim menangis. Nak sihat, kenala kan? Berkongsi pengalaman, kos rawatan 5 hari 4 malam di sini :

Kos Rawatan Hospital SwastaJumlah bersih RM3,446.70

3 kos tertinggi ketika Azim di Hospital Swasta/Hospital Pakar KPJ Tawakkal Hospital :

1) Kos Doktor – Consultant/Ward Review (RM1,000) – Average RM250 untuk sehari. Agak-agak berapa gaji doktor pakar sebulan ya?
2) Bilik – 2 malam Single Bedded, 2 malam DOuble bedded – RM1,17.60 ( selepas 25% Corporate Discount). Bilik hospital lebih mahal dari bilik hotel bertaraf 3-4 bintang.
3) Nursing Procedure – RM598 (No wonder setiap beberapa jam nurse datang tanya soalan, “Makan apa, berak ke?, berapa ounce, check suhu, tak demam”
– Siapa cakap gaji nurse rendah?

Kesimpulan :  Kos Doktor, Nurse, dan Bilik lebih mahal dari kos Ubat itu sendiri….

Fuh, memang bisness Kesihatan ini satu bisness yang sangat menguntungkan. No wonder almost setiap minggu dapat panggilan telefon yang tidak dikenali mempromosikan Insurans etc.  Sekarang ini rasanya banyak syarikat yang semakin mengurangkan kelayakan “Medical Benefits” , cam eyriqazz sendiri ada limit untuk outpatient treatment dan medical benefits sehingga pencen sahaja berbanding rakan sekerja yang masuk setahun dua lebih awal, medical benefits “For Life”

Permintaan vs Penawaran, Kos Rawatan di Hospital Swasta saya rasakan memang akan sentiasa naik setiap tahun. Maybe one day, hanya golongan kaya saja yang mampu afford kemudahan hospital swasta? Hanya masa yang akan menentukan.

P.s : Betulke Hospital Swasta Perlu Maklumkan Kos Sebelum Pesakit Terima Rawatan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

50 thoughts on “Kos Rawatan di Hospital Swasta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.