Je Jai – Perginya Seorang Sahabat

Cepat betul roda kehidupan ini berputar. Sedih tidak dapat menahan perasaan hati bila menatap wajah Arwah Je Jai di rumah Bapa Mertuanya. Seorang Sahabat yang sentiasa menceriakan rakan-rakan yang lain walaupun hati sendiri dilanda pelbagai masalah dan derita. blogger Pertama yang saya jumpa, terus rapat dan tak sangka begini kesudahan persahabatan kita.

Apa khabar bro Eyriqazz – First Event Nuffnang-
Asyik-asyik Ko yang pergi event n dapat itu ini…
Jom lepak2 kedai Mamak depan Ofis Nuffnang
Ehh, ko pergi tak Event XYZ?
Mat Tiger dah tunjuk belang
Alisya, nak sikit
Dah agak dah siapa yang menang
Sebab ko la ni orang ingat aku ni Je Jai Fasha Sandha
Bro, Aku disahkan ada kanser Stage 4
Minggu lepas aku muntah-muntah darah
Ni siapa ya?- Je Jai-

Panggilan telefon dari Mekah/Madinah @ Abang Ensem yang jelas Sebak/Menangis di telefon ketika di rumah Arwah. Ramai yang terasa kehilangan seorang Sahabat yang begitu baik dan menceriakan hidup kami selama ini… Teringat usik mengusik selama ini..Segala pertolongan dan tidak lokek memberikan bantuan.

Saya tidak pernah kehilangan seorang yang begitu saya rapat selain Arwah Ayah. Rasakan macam baru beberapa hari jumpa Je Jai buat pertama kali tahun 2009. Cepat sungguh masa berlalu dan jarum kehidupan berputar. Yang datang pasti pergi, yang pergi takkan kembali lagi buat selama-lamanya. Je Jai, rakan blogger terbaik yang pernah saya kenali.

Je Jai, kupohon ampun kemaafan di atas segala kesilapan selama ini. Kak Maz, maafkan saya jika ada hutang or tersalah silap saya dengan Je jai sekeluarga.Life has to go on tapi pemergianmu betul-betul menyentap jiwaku ini….

Al-Fatihah buat Arwah Je Jai..Takziah buat keluarga Arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat…Sama-sama kita doakan….Yang pergi pasti tidak kembali, namun yang masih ada, bantulah seadanya. Ku pohon rakan-rakan, andai ada rezeki lebih, sama-samalah kita sumbangkan buat Isteri Arwah Je Jai bagi meringankan beban kewangan di masa-masa yang bakal mendatang kehilangan tempat bergantung dan berteduh dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil dan bersekolah :

Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife arwah Je JAI ,Mazliana Othman )

P.s : Hari Ini hari dia, entah esok lusa, hari kita bakal menjelma?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

48 thoughts on “Je Jai – Perginya Seorang Sahabat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.