Hati-Hati Online Shopping

Online Shopping

Agak menarik tajuk Muka depan The Star hari ini ( E-shopping and deal site on the rise), lebih dari 100 aduan diadukan kepada National Consumer Complaint Centre (NCCC) berkenaan perkhidmatan online shopping dan produk yang dijual yang tidak seperti dijanjikan, menipu, misleading, dan pelbagai lagi.

Eyriqazz pun pernah terkena dengan Online Shopping dan juga deal site ini. Antaranya :

1) Online Shopping – Lazada Malaysia
– Barangan yang dibeli tidak sampai. Berbulan-bulan dan selepas aduan diadukan dan beberapa Officer yang take over case, barula produk tersebut sampai. Yang lebih buat hati ini terkilan, apabila mereka Pandang Rendah Kemampuan Bloggers.

2) Deal Site
– Beli IPAD casing yang kononnya harga Rm300+ pada harga RM89. Bila produk sampai, sangatla “Low quality” sampaikan saya sendiri tidak menggunakannya.Quite busy that time dan tidak sempat buat aduan.

– Beli backpag berjenama Adidas berharga RM100+. Bila sampai nampak macam tidak Ori. E-mailkan penjual dan Deal Site. Langsung tidak menerima jawapan.

– Beli Pakej Percutian Hotel di Cherating. Diskaun almost 75%. Bila nak booking, maaf, tarikh yang anda nak book semuanya penuh dan hanya time weekdays yang saja available. Plus, harga tersebut rupanya lebih kurang dari harga semasa kerana diskaun tersebut dikira berdasarkan bilik yang paling mahal, harga time paling peak . Yang saya dapat hanyalah bilik biasa. Rugi around RM150+.

Selepas time tu, memang saya dah tak berapa aktif nak beli dari Deal Site ni tak kirala apa namanya. Better Safe than Sorry kan? Yer, byk yang OK tapi banyak juga yang tak OK….

Apapun, berhati-hatila dalam Online shopping. Seboleh-bolehnya “Google” dulu sebelum buat keputusan nak membeli supaya tidak terkena di kemudian hari.

P.s : Lebih baik Online Shopping di Kedai Kak Siti, banyak pilihan Tudung yang menarik dengan harga yang berpatutan…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Hati-Hati Online Shopping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.