Entri Buat Seorang Sahabat

65263_4849677334022_1037288676_n

Hari Ini Birthday Je Jai. Jika tahun lepas, sempat saya hadiahkan satu entri menyakatnya “ Happy 50th Birthday Je Jai“, tahun ni begitu sebak memikirkan nasib sahabatku ini. Yup, ketika entri itu tahun lepas, saya sudah tahu conditionnya yang mengidap Kanser Stage 4, namun sakat-menyakat diteruskan kerana itu pesannya ketika itu “Bro, biarla orang masih layan aku seperti biasa”.

Bila baca balik komennya di entri tersebut tahun lepas :

JAI 11 February 2012 at 9:24 am

Hahahaha..gelak dalam tangisan..Gelak Umo 50 tahun Hadu Hayy..tangis terharu sebab memperolehi sahabat yang cukup mengambil berat tentang diri ini.. Terima Kasih bro..takleh nak taip panjang kang meletup LapTop disebabkan Air Mata berjujuran..hahaha

** Errah – Thanks..Muda Setahun dari Eyriqazz..wakakaka

Rakan, datang  dan pergi. Sahabat ketawa mudah dicari, sahabat menangis seperti Je Jai, sukar sekali. Yup, kesedihan memikirkan nasib sahabatku ini, hanya Tuhan yang mengerti. Bila membaca entri Tragedi Buat Diriku, menitik airmata ini. Teringat-ingat detik-detik suka duka menghadiri event bersamanya, sakat menyakat, dan terasa begitu kelainan tanpa bro Je Jai yang sentiasa memeriahi rakan-rakan blog dengan usikannya.

Kesedihan seorang Sahabat yang disorok begitu lama dan di dalam kesakitan masih cuba untuk menggembirakan hati rakan-rakan. Pertolongan dipinta pasti dipenuhinya sedaya upaya.

Sebak, pertemuan terakhir dengan Je Jai di Sepetang Bersama Blogger 2013, Eyriqazz sendiri sudah tidak dikenalinya.  Tergiang-ngiang katanya ” Ini Siapa ya, sambil cuba membaca nametag Eyriqazz”. Roda kehidupan tidak sentiasa berada di atas, dan kerana bro Je Jai juga, saya singkirkan segala rasa tidak puas hati dan perasaan marah saya ke atas salah seorang rakan blogger. Je Jai pesan, Bro, maafkan dia.. Kita pun tak lari buat silap. Entah-entah, Salah kita kat dia lebih banyak dari salah dia dekat kita.

Entah apa khabar berita rakanku ini. Last berita dari Isteri dan adiknya, Kansernya sudah merebak ke otak…. Terkenang arwah ayah.. Ya Allah, Panjangkanlah Umur Je Jai… sembuhkan lah penyakitnya… Ramai yang masih memerlukannya dan mahukan dia pulih seperti sediakala. Bantula Isteri dan Anak-anak yang sangat memerlukan Bantuan kewangan dari semua :

Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )

Sama-sama kita panjatkan Doa buat Bro Je Jai, semoga masih ada Sinar dan harapan

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

22 thoughts on “Entri Buat Seorang Sahabat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.