Bukan Mudah Menjadi Seorang Bapa

DSC06043

Anak-anak makin membesar, semakin terasa begitu berat dugaan dan tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak. Terus terang saya katakan, eyriqazz sendiri ilmu masih belum cukup dalam membesarkan anak-anak.

Papa, papa ni manjakan sangatla si Alisya tu. Itu antara kata isteri. Umm, mungkin arwah ayah dulu seorang yang garang dan sentiasa sibuk dengan kerja duniawi dan seorang ustaz yang sentiasa kurang “quality time” dengan anak-anak, membuatkan eyriqazz tidak mahu mengikut jejak langkah arwah ayah. Yup, memang eyriqazz agak manjakan Si Alisya dan selalu turutkan kehendaknya tapi risau juga kalau berlembut selalu, lain pula jadinya.

Apapun, setiap ibu dan bapa sudah pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Samalah juga eyriqazz. Seboleh mungkin cuba spend more quality time dengan anak-anak. Biarla masa untuk berblogging berkurang or semakin kenadotan, asalkan anak-anak tidak terasa diabaikan…. That’s y bukan mudah nak mencari “Parenting Blogger” yang aktif kan?. InsyaAllah, blog ini akan berupdate kerana inilah salah satu diari online utk dilihat anak-anak ketika mereka besar nanti.

P.s : Mudah ke Jadi Seorang Bapa?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

45 thoughts on “Bukan Mudah Menjadi Seorang Bapa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.