Bukan Kisah Cinta

header nami mia 2

 

Nama Saya Mia Namia. Umur Saya 17 Tahun. Tahun ini bakal ambil SPM. Hobi saya menulis blog. Saya menulis blog di http://www.namiacinta.com dengan tagline “Bila Cinta Mula Berkasih Sayang”. Amcam, rasa feel-feel cintan cintun tak? Saya memang seorang yang jiwang walaupun nampak wajah saya ni yang agak serius.

Sebenarnya, blog saya bukan pasal kisah Cinta. Saja suka-suki sayala nak letak tagline feel-feel cinta ni. First impression kan? Bila pembaca tengok tagline saya, tentu mereka teruja nak baca kisah2 Cinta ala-ala “Lagenda Budak Setan”. Cari-cari tentu mereka menangis.

Salahke saya? Saya tengok blog Uncle Eyriqazz selamberje letak tagline “Great Teacher Onizuka”. Punyalah saya beriya nak download Cerita GTO di blog dia, satu episod pun takde.Bukan setakat cerita, gambar pun puas saya cari, tak jumpa mana pun gambar Takashi Sorimachi.  Pastu boleh pula dia perasan dia tu feel-feel cikgu….

Blog Kak Nadot misalnya. Puas saya cari polkadot di blognya, pun takde. Kenapa mereka ni suka-suki je letak nama blog yang tak serupa dengan isi blog? Ni yang buat saya ikut sama.

Ada dua blog ni lagila. Satu perasan Ensem, Satu Perasan Kacak. Pakwe saya lagi Ensem dan kacak dari mereka berdua.Opps, saya masih bersekolah, mana ada pakwe-pakwe. Boyfriend. Tapi ada satu blog akakni Sweet sangat. Manis tapi betulke manis? Sweetkurma nama diberi, suka dengar namanya.

Kisah-Kisah Cinta Monyet saya bolehla kalau nak baca. Boleh baca SINI. Tentu korang nangis-nangis bila baca kisah Cinta Sayang yang baru nak bermula nak berkasih sayang.

“KALAU ADA CINTA TAPI TAK ADA KASIH SAYANG TAK BOLEH JUGAK KAN<< tapi ada juga cinta bermula dari kebencian”. Macam orang-orang cakap, Benci lama-lama sayang. I.e. dulu saya Benci sangat tengok Lawak Kumpulan Cecupak, Senario dan etc. Now, saya adalah peminat setia mereka, especially Amir Maharaja Lawak. Comel je tengok dia yang kecil-kecil molek cam saya.

Sepetang bersama Blogger 2013 26

Cukupla dulu nukilan dari saya. Praktis menulis untuk persediaan menjawab Esei SPM ini nanti. Harap korang suka baca.Kalau korang tak suka baca, sila tinggalkan komen. Saya terima dengan hati terbuka…

Yang Benar,
Namia Cinta, Budak yang bakal Ambil SPM tahun ini

P.s : Pecah kaca pecah gelas, sudah baca silala “Cinta Seseorang Tanpa Rasa Bersalah”

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

25 thoughts on “Bukan Kisah Cinta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.