Bujang dan Teruna

Hii, Nama saya Hazman Fadzil penulis blog di HazmanFadzil.com . Umur saya 3x tahun. Hobi saya menulis blog, mengambil gambar, mencuba makanan dan restoran baru. Saya salah seorang Food Blogger Popular Malaysia. Segmen Hazman vs Food semakin mendapat perhatian dan pernah saya terima lamaran dari Astro untuk menjadi peserta Master Chef Malaysia, namun saya tolak. Saya Food Blogger Review dan bukannya blogger Masak-Memasak.

Pelanduk Dua Serupa Hazman Fadzil

Oh ya, Saya masih lagi Bujang dan Teruna. Gambar di atas, bukannya gambar saya, hanyalah “Pelanduk Dua Serupa”. Pandai Mat Tiger mengambil kesempatan mengenakan saya yang tidak bersalah ini. Kesibukan bekerja dan faktor calon yang kebanyakannya tidak pandai memasak membuatkan saya menolak untuk meminang dan menjadikan mereka Isteri saya. Bagi saya, Pandai Masak adalah antara faktor Utama bagi saya. Biarla wajah tidak secantik Neelofa mahupun Fazura, wajah secantik Fara Fauzana pun saya terima asalkan pandai memasak. Nanti bolehla saya buat Segmen “Hazman vs Masakan Isteri”. Tentu ramai yang teruja.

 Saya akui saya tidak sekacak Fahrin Ahmad mahupun Dafi, tapi saya punyai kelebihan lain. Antaranya, saya terror menari. Kalau anda tengok tarian Robocop saya di atas, rasanya tentu ramai yang nak minta nombor telefon saya kan?. Selain itu, saya pandai mengambil gambar yang menarik, jadi tentu gambar bakal isteri saya akan nampak lebih cantik diambil oleh saya.

Bagi saya, hubungan persahabatan yang terjalin selama ini amatlah penting. Apa guna ada duit yang banyak kalau ramai musuh kan? Status Bujang dan Teruna (confirm teruna tauu) , harapnya bakal berakhir tidak lama lagi. Bunga bukan sekuntum, bunga yang pandai memasak menjadi pilihan hati saya.

Projek 10 (i)

Fatin Liyana bukan yang saya cari
Hanis Zalikha jauh sekali
Namun jika mereka berkenan kat diri ini
Kecil tapak tangan, Boni Kacak saya tadahi


Model Susu Cap Junjung bukan pilihan hati
Isteri orang saya tidak gemari
Jika anda yang saya cari-cari
Hantarla Resume ke SiNI manatau ada jodoh kita nanti?

Yang benar,
-Hazman Fadzil bukan penulis Jemputan-

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Bujang dan Teruna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.