Bila Nak Buat Reunion Lagi?

5kp1-Batch-9899-Smtt

Kali terakhir Eyriqazz anjurkan Reunion kelas adalah pada tahun 2005. 19 dari 41 rakan sekelas yang hadir. Time ni baru pulang dari oversea, terus ajak Ala anjurkan Reunion.

Mc-of-the-dAy

Ramai yang menolak menjadi MC, so sebagai penganjur terpaksalah volunteerkan diri jadi MC walaupun dah lama tak jadi MC. Hik3…

Dua tiga hari lepas, sempatla berWhatsApp dengan rakan-rakan sekelas lagi.Ramai rakan-rakan sekelas tanya, bila nak buat reunion lagi? Yerlah, sekarang sudah lebih 12 tahun kami meninggalkan zaman sekolah. Tentu ramai yang rindu nak jumpa rakan-rakan kembali.

Personally, Eyriqazz dah serik untuk jadi penganjur anjurkan Reunion coz ramai yang tidak kotakan janji. Kalau dari awal cakap tak dapat datang boleh diterima, tapi ini last-last minute cancel. Last time eyriqazz sendiri kena top up kan lebih dari Rm500+ untuk sewa tempat, makanan dan etc. Faham semua busy, tapi bila dah berjanji, kenalah tepati kan?. Agak terkilan jugala selepas reunion tersebut especially yg cancelkan on the day itself.

Sekarang ni ramai rakan-rakan tentu rindu nak jumpa kongsi-kongsi pengalaman dan mengimbau kenangan lama. Ada rakan-rakan yang sudah ada 2-3 orang anak, ada yang belum berkahwin dan ada pula yang sudah ada bisness sendiri. Tentu seronok kalau dapat berjumpa. Yup, kalau ada Reunion dan masa lapang, InsyaAllah joini. Tapi untuk jadi penganjur lagi, rasanya cukupla sekali terkena.

P.s : Rindu tak dekat rakan-rakan sekolah?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Bila Nak Buat Reunion Lagi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.