≡ Menu
Latest update – 9 Julai 2014
Saya kongsi-kongsikan di Sini Tempat Makan Menarik dan Best di Kuala Lumpur melalui pengalaman saya terjahi tempat-tempat ini. Special thanks to AriffShah rekomenkan idea untuk entri ini :
Selepas sembahyang Jumaat, kalau sempat, memang terjah sini pekena Mee Bandung. Mee Bandungnya memang rasa lain dari yang lain.  Memang terangkat.
Masakan Ala-Ala Thai, memang antara destinasi wajib setiap bulan. Menepati citarasa kami seisi keluarga. Terasa keenakan dan citarasa Thai yang menyengat.
Masakan istimewa disini yang menjadi kegemaran Isteri adalah Pisang Karamel dengan Aiskrim.
Salah satu tempat kegemaran saya untuk pekena Cendol kerana pelbagai pilihan Cendol dan Rojak boleh didapati di sini.
Ketam Masak Sos Special “RM38″ , mahal tapi pandangan eyriqazz, memang sedap dan menyelerakan. Terimakasih kepada Hazman Fadzil rekomenkan tempat makan ini. Memang sedap dan kena dengan citarasa kami.
Antara Destinasi pilihan di pagi hari untuk breakfast di hujung minggu. Sambalnya yang voila dan menawan membuatkan almost setiap minggu singgahi sini.
Tempat pilihan eyriqazz dari zaman belajar lagi. Sayang, arus pemodenan, gerai makan ini terpaksa ditutup dan dipindahkan ke tempat lain. Jika sesiapa tahu ke mana gerai ini dipindahkan, inform ya?
Char Koay Teow Mali Corner
Salah satu tempat terbaik untuk pekena Koay/Kue Teow di KL.  Semakin hari semakin ramai nampak yang singgah makan di sini. Owwh, dah lama juga tak singgah sini ni.Adakah masih sedap seperti dulu?
Suasana Santai sambil melihat pemandangan KLCC. Harganya yang berpatutan menjadi pilihan dan rasanya memang menepati citarasa kami seisi keluarga. Last singgah, memang ramai orang dan cadangan eyriqazz, tambahkan pekerja untuk mengambil order kerana nampak kekurangan staff di bahagian itu.
Tempat santai untuk pekena Steamboat especially kalau time special Occasion. Memang meriah, pelbagai seafood yang agak segar boleh didapati di sini.
Mee Bandung nya antara Mee bandung paling sedap pernah eyriqazz rasa. Selain itu, juadah lainnya juga tidak mengecewakan.  Memang menjadi destinasi pilihan setiap kali singgah di Tesco Ampang.
Jangan salah tafsir, Restoran Hayaki bukan berasal dari Korea tapi Restoran yang menyediakan Masakan Ala Kelantan dan Western dengan harga yang berpatutan. Extra point, restoran ini beroperasi 24 jam. Antara menu kegemaran Eyriqazz di sini adalah Nasi Lauk Ayam (RM5.90) dan Manggo Ice Rock (RM5.90). Sedap dan berbaloi.
Masakan Selera Kelantan dengan pelbagai juadah yang menyelera dan membuka selera. Berdekatan dengan Chow Kit dan berhadapan dengan Pusat Zakat KL. Juadah menyelera. Terasa macam berada di kampung bila masuk ke gerai ini. In term of harga, rasanya agak mahal sedikit.

Pernah muncul di Jalan-Jalan Cari Makan TV3 dan pelbagai rancangan lagi. Burger Bakar Kaw Kaw ini memang agak menyelerakan dan menepati citarasa.

Buffet Ramadhan Casa Ombak 2

21) Buffet Ramadhan Casa Ombak

Untuk tahun 2014 ini, Casa Ombak antara destinasi untuk berbuka puasa terbaik di Kuala Lumpur atas faktor lokasinya yang strategik, pelbagai pilihan makanan yang menyelerakan, harga yang berpatutan, suasana yang santai dan staffnya yang peramah.

P.s : Sila cadangkan tempat Makan menarik dan best di KL ini….Eyriqazz mahu terjah…..

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

View all contributions by

Leave a Comment

CommentLuv badge

about

Dikenali dengan panggilan Eyriqazz di alam maya, Seorang Pegawai Bank, Suami kepada Guru dan Bapa kepada 3 orang cahaya mata. More About Eyriqazz »