Perginya Seorang Sahabat

DSC05566

Cuba Control menahan Sebak

Hari ini, dengan rasminya rakan sepejabat, Mr. H meletak jawatan notis 24 jam. Diala antara Sahabat terbaik eyriqazz di ofis. Sentiasa tersenyum membuatkan orang-orang di sekelilingnya sentiasa dalam Mood positif. Seorang yang berdedikasi tinggi dan sentiasa membantu rakan-rakan yang memerlukan. Pemergiannya begitu dirasai.

Tersentuh hati, sungguh murni hati sahabatku ini. Ketika Eyriqazz nak kahwin, dihulurkan RM200 sebagai hadiah perkahwinan walaupun ketika itu baru saja mengenalinya kurang 2 bulan. Ketika Pakcik Eyriqazz meninggal dunia, dihulurkan RM1,000 buat Makcik eyriqazz. Yup, memang susah nak cari rakan sebaiknya. Dialah juga yang menjadi mangsa buli eyriqazz, pagi-pagi minta tapaukan breakfast dan kadang-kadang “Paw” dia belanjakan lunch.

 

Yup, Mr. H Masih Single dan Available

Memang bertuah sesiapa yang menjadi Mrs H

Bro, All the best for your future. Kagum dengan sikapnya yang sentiasa berterus terang dan straight to the point dalam meluahkan pendapat. Dia antara rakan pertama yang dikenali di pejabat, dan Perginya Seorang Sahabat ini begitu dirasai…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

30 thoughts on “Perginya Seorang Sahabat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.