Pengiklan Pandang Rendah Kemampuan Bloggers

Kali ini eyriqazz nak kongsikan satu pengalaman, kisah pengiklan yang pandang rendah pada kemampuan bloggers. Tahun lepas, eyriqazz dan beberapa Top Bloggers Malaysia dijemput ke ofis satu syarikat “Online Shopping” yang cukup terkemuka di malaysia. Iklannya sentiasa muncul di google adsense dan Facebook. Masa time dijemput itu, memang cukup excited, yerla, syarikat yang begitu besar dan gah. (owhh ya, abaikan yang paling kiri, staff mereka hanya dua yang disebelah kanan).

Pergi ke ofis mereka selepas kerja naik LRT dan teksi. Sampai di ofis mereka,selepas semua bloggers sampai, diminta kami perkenalkan diri dan terangkan serba sedikit pasal blog, bilangan followers, trafik,etc. Perghh, bukan calang-calang bloggers yang datang timen, rasa kerdil je rasa. Seorang demi seorang memperkenalkan. Then, staff tersebut mula kasi presentation tentang apa yang mereka ingin promosikan dan what is their expectation.

 Inilah lebih kurang proposal mereka :

” Satu voucher bernombor akan diberikan kepada setiap bloggers. Voucher tersebut melayakkan pembaca mendapat diskaun RM20 untuk pembelian minimum RM100 untuk tempoh promosi lebih kurang sebulan. Seorang pembaca/customer boleh gunakan sekali saja voucher tersebut. In return, setiap pembaca yang membeli menggunakan nombor kod yang diberikan, kami akan mendapat RM2 each. Kalau 100 pelanggan berjaya di bawa masuk dan membeli minimum RM100 each, maksudnya RM200 dapat”.

Masa tu dah mula fikir semacam. What a cheapskate offer? Serius rasa macam mereka memandang rendah pada bloggers kerana tiada bayaran entri diberikan walaupun most of the bloggers yang datang trafik mereka ribu-ribu dan puluhan ribu sehari . Promosi percuma dan bayaran rm2 setiap customer? Tapi, memandangkan ini pertama kali, why not give a try first kan? Sebelum promosikan dekat  pembaca, kenalah cuba dulu…Jeng,jeng,jeng, selepas mencuba, hasilnya seperti di entri INI . End result, memang eyriqazz tak promosikan dan memang eyriqazz speak my mind via blog/e-mail.

Bila diingat-ingat balik, serius rasa seperti dipermain-mainkan dan dipandang ringan kemampuan bloggers. Masa dihabiskan lebih kurang 3 jam + buang masa hantar e-mail etc. Win-Loss offer yang hanya menguntungkan sebelah pihak walhal mereka mampu mengiklan ratusan ribu ringgit di google dan juga Facebook. Until now, berlegar-legar iklan dan promosi iklannya. For me, once bitten twice shy.

P.s : Nampak mudah bloggers menulis entri, tapi betulke mudah?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

87 thoughts on “Pengiklan Pandang Rendah Kemampuan Bloggers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.