Kisah Mat Joe dan Hanis Zalikha

Kakak Hanis Zalikha Liana Ezzana Kahwin 21

Pada suatu hari, Mat Joe berjogging di sebuah taman yang ada tasik. Ketika sedang Mat Joe berjogging, tiba-tiba handsetnya berjenama Cokia yang berharga RM100 terjatuh ke dalam tasik. Maka datanglah Ikan Duyung Sakti di Tasik itu kepada Encik Mat Joe :

Ikan Duyung: Kenapa dengan kau?
Mat Joe : Handset aku terjatuh ke dalam tasik.
Ikan Duyung pun menyelam dan kembali bersama handset Iphone 5
Ikan Duyung: Inikah handset kamu?
Mat Joe: Tidak.
Ikan Duyung pun menyelam dan kembali bersama handset Samsung Galaxy S3
Ikan Duyung: Inikah handset kamu?
Mat Joe: Tidak, handset aku berjenama cokia
Ikan Duyung pun menyelam dan kembali bersama handset Cokia
Ikan Duyung: Inikah handset kamu?
Mat Joe: Ya, itulah handset saya .
Ikan Duyung Tasik:  suka sikap Mat Joe yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga handset itu kepadanya.

Handset Cokia Mat Joe simpan. Handset Samsung Galaxy S3, Mat Joe hadiahkan kepada Chakiddo. Handset Iphone 5 pula  hadiahkan kepada Cumi Geli.

Pada hari lain pulak, Mat Joe berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye pulak yang jatuh ke dalam tasik. Mat Joe susah hati. Maka datanglah Ikan Duyung Sakti yang sama kepada Mat Joe…

Ikan Duyung: Kenapa kau bersedih?
Mat Joe: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Ikan Duyung pun menyelam dan kembali bersama Hanis Zalikha
Ikan Duyung: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Mat Joe menjawab ya, itulah isteriku

Ikan Duyung pun marah, ‘Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak’

Sambil menahan pilu Mat Joe menjawab, ‘Aku bukan tamak, kalau aku kata tidak pada Hanis Zalikha kau akan bawakan pula Fatin Liyana  kalau aku katakan tidak juga, barulah kau bawakan isteriku;bila aku kata ya, kau akan berikan mereka bertiga padaku. Aku yang hidup sederhana  ni tak mampu tanggung mereka semua’

P.s : Entri ini hasil cetak rompak entri INI dengan watak dan sedikit jalan cerita diubah.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

30 thoughts on “Kisah Mat Joe dan Hanis Zalikha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.