Singapura. Destinasi pelancongan yang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Antara tempat-tempat popular yang dilawati ialah Universal Studio Singapore (USS), syurga membeli-belah di Orchard Road, Marina Bay dan banyak lagi. Namun, tempat yang saya lawati ini tak kurang juga menarik walaupun tidak sepopular destinasi yang lain.
Singapore Art Museum (SAM) merupakan salah satu muzium kesenian di Singapura dan terletak berdekatan Bras Basah Station. Pilihan terbaik ialah menggunakan MRT untuk ke muzium ini. FYI, pada setiap Jumaat bermula 6pm sehingga 9pm anda dibenarkan masuk SAM dengan PERCUMA. Kalau tak, kena bayar SGD10 untuk dewasa atau SGD5 untuk pelajar dan senior citizen (60 tahun ke atas). Kanak-kanak 6 tahun ke bawah tidak dikenakan bayaran masuk. Dan ini adalah gambar-gambar di kawasan luar muzium.
Bahagian hadapan Singapore Art Museum
Muzium ini dibina dari bekas bangunan St. Joseph Institution (Catholic boy school). No wonder, senibinanya sangat cantik dan klasik. Kafe-kafe juga ada di sini seperti Dome Café, Trattoria Lafiandra dan Via MAR. Selepas penat melawat galeri-galeri seni, bolehlah melepak pula di kafe sambil pekena kopi.
Pameran-pameran yang sempat saya lawati.
The Burning Gaze by Hyung Koo Kang
Self Potrait
Marilyn Monroe
Sedikit info mengenai Hyung Koo Kang
- Artis Korea (bukan artis K-Pop)
- dikenali dengan karya lukisan selebriti terkenal seperti Vincent van Gogh, Andy Warhol dan Audrey Hepburn
- medium yang digunakan seperti oil on canvas, oil on aluminium, pencil on paper
Video tentang cara Hyung Koo Kang berkarya juga ditayangkan. Sangat menarik melihat beliau menggunakan pencungkil gigi untuk melukis selain menggunakan drill machine bagi menghasilkan rambut yang nampak hidup.
Signature Art Prize 2011
Pameran ini menampilkan karya 15 finalis yang telah di”shortlisted” daripada 130 hasil seni. Sememangnya hasil-hasil seni yang dipamerkan sangat menarik.
Aida Makoto, AshColorMountains, acrylic on canvas
Chang Yoong Chia, The World is Flat, postage stamps and adhesive
Kim Jongku, Mobile Landscape, steel powder, CCTV camera, LED projector, screen, paper roll
Yang menarik tentang tentang pameran ini ialah buku aktiviti mengikut peringkat umur diberikan secara percuma. Sangat sesuai bagi yang membawa keluarga ke sini.
Hasil-hasil seni yang dipamerkan bukan hanya boleh dilihat, malah ada yang interaktif di mana anda boleh turut berada di dalam hasil seni tersebut seperti karya Kim Jongku bertajuk Mobile Landscape.
Di samping itu juga, exhibition guide lengkap dengan penerangan disediakan di setiap pameran bagi pelawat mendapatkan info tambahan.
Kenapa anda harus melawat SAM
- Free admission setiap Jumaat dari 6pm hingga 9pm (sesuai untuk pelancong bajet).
- Anda dibenarkan mengambil gambar di dalam SAM tanpa menggunakan flash (so far jarang muzium yang benarkan penggunaan kamera).
- Aktiviti yang disediakan sesuai untuk semua peringkat umur.
- Exhibition guide yang disediakan sangat membantu (terutama orang yang ‘buta’ seni macam saya).
- Muzium ini mempunyai lebih dari 7000 koleksi kekal hasil seni dan merupakan koleksi hasil seni moden dan kotemporari Asia Tenggara yang terbesar di dunia.
Info tambahan:
- Jika anda menggunakan kenderaan awam di Singapore, silalah purchase EZ-Link card. Memang sangat berbaloi dan jimat
Sila ke laman web SAM for more information
http://www.singaporeartmuseum.sg/
Tentang penulis: intaNadia (http://snap-click-publish.blogspot.com/)













masih belum berpeluang ke negara jiran ni.. walaupun dah berkali2 cik isteri pujuk gi.. insyaallah ada rezeki tahun ni mcm nak gi USS.. doa2 ada rezeki lebih nanti
Myvitrd menulis… Bukan Senang Nak Dapat Backlink Dari Blogger Popular
nak ajak aku skali ke amid?? hehehee
KiD menulis… Cek Pengiklan kali ke 4
menarik tempat ni

Miza Yusof menulis… GIVEAWAY MIALIANA.COM
Menarikkkkk…:-)
gieyana menulis… Wordless Wednesday : Picnic mmg awesome lah!
USS MEMANG TERBAIK…SERIUS BEST…
Faizal Fredley menulis… 3 Hari 2 Malam Percutian Di Pulau Redang
tak pernah pergi ke Singapura lagi…tapi kalau nak pergi pun lebih berminat untuk pergi Universal Studio dulu…:)
papa mifz menulis… Kabinet Dapur Murah
bagus utk those art lover…me tak minat art

mz menulis… Pic yg byk ‘ong’ | lil Ariff in Parenthood Jan 2013
Belum pernah menjejak kaki di Singapura. USS antara yang menarik perhatian saya.
lama dah tak pergi singapura ni..mesti makin maju
afif menulis… Siapa blogger-blogger Kegemaran 2013?
ada unsur2 iluminati kat sana.. hahahahaha
boni kacak menulis… Lirik Dan Lagu Terbaru Mohd Mentor 2013
kenapa dia tak offer masa aku umur 6 tahun duluuuuu..
titan menulis… Anda dapat backlink PR3 dari blog saya.
One day nak pergi juga Singapore.
Een menulis… Nasihat Paling Best Untuk Berniaga
sejujurnya me suka la photo no 3 tu, ruang dalam tu kalau berPhotoG cantik sungguh tu
me tak pernah sampai SAM lagi…
ezna menulis… Giveaway Jom Cuti ke Hotel Palace of the Golden Horses
teringin nk g singapure….
Manan Qayyim menulis… Projek Bloglist 2013 MQ-Network
Fuuuuhhh… USS… ramai yang nak ke sana..
KiD menulis… Cek Pengiklan kali ke 4
satu hari nanti akan pergi jugak s’pura
syaifuddin alias menulis… Full Video Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 9