Cuti sekolah seeloknya dimanfaatkan dengan aktiviti yang memberi pengetahuan. Kanak2 perlu didedahkan dengan aktiviti luar supaya tak le berkepit ajer dengan gadjet. Oppss anak me pun sibuk dengan gadjet dia. Jom kita tengok tempat menarik semasa cuti sekolah ini.
1) Kuala Gandah
Diantara tempat menarik yang dapat memberi info ialah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah yang terletak di negeri Pahang. Masuk ke sini adalah percuma. Diantara aktiviti yang menarik di sini ialah memberi gajah makan, melihat pertunjukkan gajah dan jika paras sungai cetek, kita juga boleh memandikan gajah. Jangan tak tau yer, mat salleh star MotoGP tu pernah datang sini.
Ada juga tayangan video mengenai aktiviti memindahkan gajah di hutan. Aktiviti yang dapat mendekatkan anak2 kita semasa cuti sekolah ni dengan alam semulajadi. Masa yang terbaik kita tiba ke sini ialah sebelum pukul 2pm sebelum aktiviti bermula. Sebelum tu elok la pergi makan tengahari lauk ikan patin kat Temerloh . Famous ikan patin kat Temerloh ni.
Nak ke sini, ikut ajer Highway Karak kemudian exit ke Lanchang. Lepas exit Lanchang, ada papan tanda ke tempat ini. Tak pun kat GPS ada tertera Kuala Gandah Elephant Sanctuary. Ikut je ler GPS tu . Info selanjutnya di http://www.wildlife.gov.my/index.php/bm/pusat-konservasi-gajah-kebangsaan-kuala-gandah-pahang yek.
Jom Kuala Gandah!
Signboard Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Masa seeloknya tiba ialah sebelum jam 2 petang kerana aktiviti bermula jam 2 petang dengan memberi makan kepada gajah. Gajah-gajah di sini terdiri daripada anak gajah yang berumur 1-8 tahun.
Nak bagi gajah makan, letak sahaja di belalainya. Cubaan pertama agak takut tapi lama kelamaan tak takut sebab gajah ni cuma ambik makanan dan tak menyentuh tangan kita.Dalam sehari gajah perlu makan banyak untuk menampung keperluan pemakanannya.
Kemudian ada persembahan gajah. Gajah akan menunjukkan bagaimana mereka tidur, mengucapkan selamat datang, bagaimana menarik rantai. Bila selesai sahaja pertunjukan gajah di pentas utama, anak gajah akan dimandikan di sungai jika air sungai cetek.
Jika air sungai tinggi, bahaya untuk anak gajah dan pengunjung. Anda boleh cuba memandikan haiwan eksotik ini di dalam sungai.
Taman permainan ada juga disediakan di sini untuk mengelakkan anak-anak anda boring.
Jikalau lapar kafe juga terletak di sini. Boleh melegakan tekak yang dahaga dan mengisi perut.
Deerland
Berdekatan kawasan Kuala Gandah, terletak Deerland. Bayaran masuk RM5 untuk seorang termasuk pek makanan untuk diberikan kepada rusa. Rusa yang berasal dari Thailand ini jinak berbanding rusa Malaysia yang lebih garang. Aktiviti begini dapat mendekatkan anak-anak kita dengan alam semulajadi. Makanan yang disuapkan berupa ubi kayu.
Spesis burung yang berwarna warni juga ada di sini
Termasuk spesis ayam yang berbulu seperti arnab ini. Banyak juga haiwan di sini. Seakan mini zoo di Deerland tetapi main attraction ialah rusa.
Pernah dengar sukan paraglading? Sukan payung terjun tu? Ada disiarkan di TV3 baru-baru ini. Dekat Bukit Jugra ni lah aktiviti sukan ini dijalankan. Pendakian dengan menaiki kenderaan ke atas Bukit Jugra tidaklah mencabar kerana bukitnya tidak terlalu tinggi.
Di atas Bukit Jugra ini terletaknya rumah api.

Dah tiba kat atas ni haruslah berposing di mercu tanda Bukit Jugra
Cuaca petang di Bukit Jugra kebetulan sangat cerah.
Selain paragliding, tujuan ke Bukit Jugra adalah untuk melihat permandangan yang sangat cantik. Kalau nak buat fotografi kat sini memanglah indah permandangannya. Anda akan terpukau dengan permandangan dari atas Bukit Jugra. Sayangnya petang ini tiada aktiviti paragliding.
Bagi peminat buah durian, selepas turun dari Bukit Jugra, terletaknya dusun buah durian. Boleh membeli dengan pakcik cina ni. Harga durian dusun yang ditawarkan ialah RM7 sebiji durian. Meletup rasanya. Fresh dari ladang tetapi awas, 2 ulas sudah membuatkan badan kita panas.
Singgah pula di Masjid Sultan Alauddin.Masjid ni persis dalam cerita Hikayat 1001 Malam. Kalau dekat signboard, Nama masjid ni berwarna perang. Ini bermakna masjid ni salah satu tempat menarik yang perlu kita kunjungi. Terletak tidak berapa jauh dari Bukit Jugra. Cuma type Masjid Sultan Alauddin di GPS.
Masjid Sultan Alauddin didaftarkan sebagai warisan dibawah akta warisan kebangsaan 2005 oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Malaysia. Masjid ini sangat unik kerana pintunya agak rendah berbanding pintu standard. Kalau mereka yang tinggi tu alamatnya kena tunduk nak masuk masjid.
3) Hutan Lipur Lenggeng
Hutan Lipur Lenggeng terletak di Negeri Sembilan. Me datang sini berpandukan GPS.
Ketenangan dapat dirasakan tatkala masuk ke kawasan ini. Hijau mendamaikan
Disebabkan datang hari biasa, kawasan Hutan Lipur Lenggeng ni sunyi. Kelihatan meja dan kerusi untuk berehat yang disediakan di sini juga gazebo untuk berehat.
Kawasan air terjun di sini yang airnya segar dan sejuk. Kawasan di sini kelihatannya sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Kawasannya pun tidak bahaya bagi me. Selamat untuk seisi keluarga.
Jom bercuti. Kita harus mengikut kemampuan masing-masing. Pokok pangkalnya dapat menghabiskan masa bersama yang tersayang. Jangan sia-siakan waktu yang ada.

Tentang penulis : Ezna Binti Ahmad Khalili.





















kalau saya memang tak dekat la dengan gajah tu..takut..hahah
diana menulis… FACEBOOK KENAKAN BAYARAN 1$ 1 MESEJ
Saya berani-berani takut…
eyriqazz menulis… Tempat Menarik Musim Cuti Sekolah di Malaysia
waaa menariknya tempat2 ni
Thanks suzz
jom bercuti. Me ke semua tempat ni balik hari ajer 

ezna menulis… Menikmati keindahan alam
bolehla ajak BFF pi sini camping MZ..
eyriqazz menulis… Tempat Menarik Musim Cuti Sekolah di Malaysia
Belum sampai lagi. Kalau ke sini boleh picnic bersama keluarga.
akubiomed menulis… ChurpChurp membawa khabaran gembira
Yup..menarik ketiga-tiga tempat ini..Lokasinya pun tak jauh mana
eyriqazz menulis… Tempat Menarik Musim Cuti Sekolah di Malaysia
Menarik ,, tapi cuti sek dah nak abis, dah tu musim hujan plak tu, duk rumah je le naknsiap utk kerja 2013.,
aimaniman menulis… Kidnap Termahal 2012
Haah,sekarangni musim hujan..Kelantan dan terengganu pun ada tempat dah banjir
eyriqazz menulis… Tempat Menarik Musim Cuti Sekolah di Malaysia
belum pernah sampai ke semua tempat tu… perlu masuk dalam list akan datang
Kujie menulis… Muzium Ke 7 Tahun 2012 – Muzium Bijih Timah Sungai Lembing
Jom terjah Kak jie
eyriqazz menulis… Tempat Menarik Musim Cuti Sekolah di Malaysia
kat kuala gandah dah x best sbb xde aktiviti mandi ngn gajah…dulu ada…ramai clients company kitorang g sana.
luqmanzakaria menulis… Samsung GALAXY camera kau panah jantungku
huhuhu.. semua tempat tu aku blom pernah sampai
sohoque menulis… Faktor Yang Mendorong Kemenangan Liverpool Ke Atas Fulham
fuhh..merata jalan-jalan nih..
ohcikgu menulis… Saya tak pandai SEO.
ini entri penulis jemputan..
menarik tempat2 tu…boleh la pegi di minggu2 terakhir cuti sekolah nih…
Farid Adam menulis… Hukum Menyambut Dan Mengucapkan Selamat Hari Krismas
Jikalau anda tinggal di Selangor, tempat-tempat yang dinyatakan boleh balik hari sahaja

ezna menulis… Menikmati keindahan alam
wah… tempat2 tu rasanya memang sangat menarik. bukan budak2 je yang akan tertawan, bapak2 budak pun turut rasa keseronokannya…hehehe
boni kacak menulis… Aku Terlupa Untuk Minta Bantuan
Jom la Boni Kacak. Tempat-tempat yang kaya alam semulajadi. Tenang sangat

ezna menulis… Menikmati keindahan alam
dari dulu nak ke Kuala Gandah tu.. cuma tak sampai2 lg.. huhu
MyKhalish menulis… Review: Panasonic Lumix GF3
Samala kita..
sangat sesuai untuk tenangkan fikiran yang tengah keliru..hehe
shokrijay menulis… Blog ShokriJay.Com
Yiezaa…keliru untuk memilih calon Isteri ke bro?
eyriqazz menulis… Kisah Maggi dan iPhone 5 Gadget Impian
wow gajah..mcm sronok je kan lakukan aktvt ngn fmly lebeh2 lg ank2 kt cni..mzt diorg sronok..
lov menulis… PLEASE FORGIVE ME