Penyewa Bagus, Hati Tenang

DSC05645

Alhamdulillah, memang berkesan bila follow Tips Memilih Bakal Penyewa . Memang payment dibayar cantik setiap bulan walaupun kadang-kadang lewat 1-2 minggu. Better lewat sikit dari tertunggak berbulan-bulan kan? . Sebelum ini pernah ada Masalah dengan Penyewa Rumah, namun syukur lepas dari itu ,semuanya berjalan lancar. Owhh, punyala bertangguh, sampaikan resit bayaran pun lambat diberikan kepada penyewa walaupun bayaran sudah dibuat beberapa bulan lebih awal.

 Kondominium yang eyriqazz sewakan kini sudah tamat tenancy Agreementnya. Tak buat agreement baru, just penyewa continue bayar. Juga, eyriqazz tak jadi nak naikkan harga, walaupun sewa di sini now sekitar RM1700-Rm1900 sebulan. Takpela, setahun rumah disewakan, dijaga elok.

Tidak pernah penyewa telefon cakap sini rosak, sana rosak minta diperbaiki. Semua diuruskannya sendiri. Sampaikan siap minta permission nak buat rak dapur yang lebih baik , kos ditanggung olehnya. Yup, Penyewa Bagus, Hati tenang. Mungkin bulan depan nak kena pergi tengok rumah ini, rasanya dah dekat setahun tak pergi tengok keadaan rumah sewa eyriqazz ini.

Hopefully, tahun depan tertunailah hasrat di hati untuk memiliki rumah ketiga. Sifu INI dan INI antara yang menjadi rujukan eyriqazz menyusun dan merancang untuk memiliki rumah ketiga. Harap-harap menjadi kenyataan tahun depan. Doa-doakan Eyriqazz ya?

Bagi yang tercari-cari tips terbaik menyewa rumah i.e. tips mencari penyewa dari syurga, menapis penyewa etc, saya rekomenkan untuk dapatkan Panduan Tips Sewaan Rumah ini yang ditulis tak lain tak bukan sifu saya, Abangensem. Dapatkan di sini –> Tips Sewaan Rumah

P.s : “Kalau Eddie (nama timang-timangan aku dalam family) nak tahu orang tu bertanggungjawab ke tidak.. senang je.. bila dia berjanji dia mesti tepati“. Yup, tepat sekali tips INI. Bukan saja boleh dipraktikkan dalam memilih penyewa, tapi boleh juga dipraktikkan in real life i.e. menilai rakan-rakan anda.

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

26 thoughts on “Penyewa Bagus, Hati Tenang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.