Pencapaian Berblogging 2012

Hari terakhir untuk tahun 2012. Adakah Pencapaian Berblogging tahun ini lebih baik dari Pencapaian Berblogging 2011 ? Antara Pencapaian Berblogging Eyriqazz.Com untuk tahun 2012 :

Antara pengalaman terindah, Percutian Seisi Keluarga ke Legoland Malaysia yang ditaja sepenuhnya oleh Pihak Maybank dengan kerjasama Nuffnang. Legoland Malaysia, antara destinasi perlancongan menarik dan menghiburkan di Malaysia especially untuk kanak-kanak.

Once in a lifetime opportunity, berpeluang memandu kereta di Litar Sepang. Hadiah yang bernilai lebih kurang RM6K termasuk penginapan di Hotel bertaraf 5 bintang turut ditaja oleh Michelin Malaysia. Pengalaman yang sentiasa akan mekar dalam memori.
3) Blogger Jemputan – Bisnes Alternatif Astro Awani
Terkejut apabila menerima jemputan dari rakan blogger, HilalAzmi , pengacara di Astro Awani. Panggilan telefon yang diterima, agak gemuruh juga untuk menjawabnya.
Berpeluang bekerjasam dengan IKEA Malaysia untuk tahun 2012, mempromosikan dan create “Buzz” untuk IKEA Malaysia.  Thanks IKEA for the opportunity given.

\

First time rasanya berpeluang masuk surat khabar terselit sedikit bersama Hanis Zalikha, Nani Rostam (ibu hanis) , dan Je Jai. Je Jai, antara rakan terbaik blog yang pernah eyriqazz kenali.
6) 30+ Advertorial Bersama Nuffnang
– Berpeluang menghasilkan 30+ Advertorial/Sponsored Job bersama Nuffnang dengan syarikat-syarikat gergasi di Malaysia antaranya Maybank, Celcom , Anmum, Honda, Pemandu ETP, The Star dan pelbagai lagi. Terimakasih atas peluang yang diberikan.
7) Beralih ke WordPress
– Dec 2012, beralih ke WordPress. Theme yang ditaja sepenuhnya oleh Denaihati dan didesignkan oleh Eizil.  Terasa lebih kepuasan berblog apabila beralih ke WP walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi . Kata Pepatah, No Pain No Gain, kan?
8)  Rakan Bloggers
Walaupun semakin kurang menghadiri event untuk tahun 2012, rasanya bertambah rakan bloggers . Networking is King untuk maju ke hadapan. Terimakasih kepada rakan-rakan bloggers yang sentiasa membantu dan memberikan nasihat.
9) Cuti-Cuti Malaysia
Alhamdulillah, rezeki berblog dapat eyriqazz gunakan untuk bercuti lebih kerap pada tahun 2012.  InsyaAllah, tahun depan bercadang bawa Isteri Cuti-Cuti Luar Malaysia pula jika dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur/kesihatan.
Alexa Eyriqazz 29122012
Eyriqazz sendiri kurang fahami tentang Alexa ini, namun untuk tahun 2012, menerima beberapa peluang Advertorial hasil carian di Alexa ini. Tepuk dada, tanya selera.
Trafik December 2012
11) Trafik Blog yang Semakin Konsisten
12) iPhone 5 Gadget Impian Hadiah Penutup 2012?. Just kidding, jauh rasanya eyriqazz ditinggalkan jika dibandingkan dengan peserta-peserta yang lain
P.s : Semoga 2013 mendatangkan lebih banyak kejayaan buat Eyriqazz.Com. InsyaAllah, pelbagai perancangan sedang diatur bagi memajukan blog ini dan juga memberikan kelebihan buat pembaca juga.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

66 thoughts on “Pencapaian Berblogging 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.