Berkongsi pengalaman, Apa yang Saya perolehi sepanjang Cabaran iPhone 5 Gadget Impian dan juga pengalaman daripadanya :
1) Networking
– Contest ini mengajar eyriqazz dalam menambahkan networking dan menguji networking sedia ada. Ternyata, terus-terang eyriqazz katakan, network eyriqazz belum cukup kuat dan belum mampu untuk memujuk rakan-rakan mengundi hari-hari. Cukup kagum dengan Peserta yang antaranya mampu memujuk lebih dari 100 undian setiap hari untuk Cabaran Ketiga.
2)Alexa Ranking (Setakat 29 December 2012)
Alexa ranking yang masih Stabil walaupun sudah bertukar ke Own Hosting + Domain bersama WordPress. Pencapaian terbaik Alexa Eyriqazz adalah pada tangga 376 Malaysia, beberapa bulan yang lepas. Oh ya, penting ke Alexa? Pandangan peribadi, tepuk dada tanya selera. Eyriqazz sendiri, beberapa kali dihubungi pihak Advertiser hasil carian dari Alexa Ranking.
3) Hidupkan Untuk Memberi – Tagline Denaihati.Com –
– Eyriqazz perhatikan ramai yang buat Give Away, Contest, Segmen dan pelbagai lagi. Termasuklah eyriqazz sendiri. Direct/Indirectly, Hidupkan Untuk Memberi dipraktikkan di sini. Menang kalah, ada pertandingan kan? Kegembiraan memberi dan melihat seseorang memenangi hadiah walaupun bernilai RM10 sememangnya satu pengalaman yang agak manis.
4) Return On Investment (ROI)
– Jujur eyriqazz katakan, eyriqazz habiskan lebih dari RM500+ berjuang untuk memenangi Contest ini. Juga Hadiah bernilai RM300+ dari Penaja yang menjayakan Contest & Give Away. Give Away, entri berbayar, Joint Venture dengan bloggers lain?. Berbaloike eyriqazz kalau eyriqazz kalah? Jawapan eyriqazz, berbaloi kerana hadiah yang eyriqazz laburkan ini bukan semata-mata untuk contest ini namun untuk dipraktikkan di masa hadapan dan juga menambahkan ilmu. Belajar dari pengalaman adalah antara Pelajaran yang terbaik.
5) Berfikiran Positif/Thinking Outside The Box/Tidak Mudah Putus Asa
– Contest ini membuatkan peserta berfikir dan thinking outside the box untuk memenangi hadiah. Jemput rakan-rakan, tebalkan muka minta undian, anjurkan Contest yang dirasakan efektif, berkolaborasi bersama bloggers tak kira dari Malaysia/Indonesia . Sayang, eyriqazz tak dapat nak praktikkan mana berkolaborasi dari segi undian kerana eyriqazz sendiri belum cukup dapat meyakinkan rakan-rakan untuk Undi Hari-hari untuk exchange vote/G+.
6) Main Kotor
– Bila dah rasa excited nak menang hadiah yang bernilai RM2K+ ini, mulalah rasa macam nak pasang niat nak main kotor. I.e. untuk G+, umm, kalau eyriqazz registerkan e-mail banyak-banyak dengan gmail ni, bertambah juga G+. Kalau eyriqazz registerkan 50, pujuk 10 rakan buat perkara sama sudah 500 ni? . Undian, eyriqazz ada tiga e-mail. kalau registerkan ketiga-tiga, sudah 6 undian boleh diexchange setiap hari? Tambah wifey lagi? Fuhh, lebih mudah nak menang ni. Finally, batalkan niat nak main kotor itu. For me, better menang dengan cara yang betul dari menggunakan cara yang salah. Lagipun, tak fair buat peserta yang bertungkus lumus sana sini, ditewaskan dengan taktik kotor kan? . “Matlamat Tidak Menghalalkan Cara itu Konsep yang Eyriqazz Pegang”
7) Uji Network
– Dari Contest ini, eyriqazz dapat uji network eyriqazz. I.e. Kak Ina KL dan Sumijelly, memang sentiasa menyokong walaupun eyriqazz tidak janjikan apa-apa in return. Juga, eyriqazz dapat tengok siapa loyal readers di blog eyriqazz. Hukum Alam, buat baik dibalas baik. In future, lebih mudah untuk eyriqazz membuat keputusan bila roda itu berputar . Janji, antara yang sempat eyriqazz uji juga di sini.
8) Income Blogging
– Jujur Eyriqazz katakan, Dec 2012 bulan eyriqazz bertukar kepada WordPress. Konsisten trafik 3k+ sehari. Namun, bulan ini bulan pertama 2012, tanpa Buffered Earning dan juga Sponsored Post. Bila berpindah, data sebelum ini turut bermula dari 0 kembali. Apapun, eyriqazz yakin, No Pain, No Gain. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
9) Resource Limit – SEO
– Eyriqazz belajar, resource limit i.e. blog down turut menganggu carian di Search Engine. Misalnya carian “Iphone 5 Gadget Impian” ini, dari page 1, resource Limit, permalink eyriqazz dari page 1 ke page berbelas-belas. Now, kembali ke page bawah 10 rasanya . Time to move on, mungkin akan berpindah Server.
10) Fail to Plan, Plan to Fail
– Masa jangan dijadikan alasan untuk tidak berjaya (tunjuk jari kat diri sendiri). Honestly, rasanya eyriqazz tidak merancang dengan teliti untuk memenangi Contest ini. Lebih kepada Just follow Gerak Hati dan Mencuba yang terbaik. Yup, planning is important. Saya nampak in term of planning, antara blogger yang saya rasakan merancang dengan bagus untuk contest ini adalah Akma Omar.
P.s : Jemput Join Contest & Give Away dari Eyriqazz sempena Cabaran “iPhone 5 Gadget Impian” ini…
terharu bila baca entry.
semangat bro memang tinggi.
usaha tangga kejayaan kan ?
bila baca entry ni dapat juga sedikit ilmu untuk Miza walaupun tak berapa pandai sangat bab IT 🙂 apa-apa pun miza doakan semoga bro berjaya 🙂
Miza Yusof recently posted…NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK : ANAK PATUNG KERTAS
blog akmaomar tu..setting dari awal khas untuk contest seo. dari awal. thats why..dia leh beat mana-mana blog kalau just main seo. So, boleh belajar dari dia. blog lama..kalau tak kena cara..susah nak beat blog tu.. even blogspot pun susah nak lawan kalau tak full monetize. cara yang dia guna, aku tak leh cerita. nanti orangnya marah aku. haha..
Bertambahlah hutang cendol aku kat ko titan hehehehe
AkmaOmar recently posted…Cadangan Penambahbaikan Blog Pondok Kecil
Nak jugak cendol…..
paling benci yg main KOTOR tu..ada nampak beberapa orang…hairan bila sehari boleh exchange vote sampai belas2x…ish…
better tukar server,sebab beberapa kali juga masuk sini tpi da sampai limit…..
Eden percaya…. bila dah faham banyak perkara pasal WP nie…. bro akan lebih seronok manipulasinya agar ia jadi lebih efektif
Thanks bro..Masih belajar lagi..rasanya nak kena pergi seminar pasal WP ni lagi…Hik3…
Sebahagian asam garam. Situasi seperti pernah berlaku kepada sebab rajin mengodek blog kadang-kadang terjejas oleh error kerana perbuatan sendiri tetapi saya belajar.
k sha tak setuju dgn kenyataan eyriqazz tu.. setahu i ur network lagiiiiiii luas … hehehe anyway all the best ok 🙂
sha recently posted…iPhone 5 Gadget Impian
Network eyriqazz belum cukup luas dan in term of convincing, that’s skills, eyriqazz masih belum cukup mahir…Plus, eyriqazz ni bukan jenis yang pandai nak memujuk utk undi2 etc..Hik3..takpe kak sha, try my best..kalau ada rezeki, tak ke mana kan?
No pain no gain..
All the best…
ciklaili.com recently posted…Skor Nama Blog Anda
Setuju….Kalau tiada gain di sini, pengalaman yang di gain itu akan dipergunakan sebaiknya di masa hadapan…
saya belajar networking dari bro…ternyata ilmu networking cukup tinggi bagi saya…tak mampu nak capai sekelip mata, tapi insha-Allah, saya akan kayuh pelan2…
Farid Adam recently posted…Teknik Menghafal Surah Al-Quran Cara Santai
Perh! banyak juga yang aku belajar…
Bro tulis lg banyak dari aku…
Kalau tak menang pun xpe… Iphone 5 tak dapat, benda yg lain dapat..
Alhamdulillah..That’s part n parcel pelajaran dan pengalaman…. Banyak benda lain yang dapat yang boleh dipraktikkan in future
syabas on ur effort & dedication 🙂 siyes me kagum 🙂
mz recently posted…saya wajib print | sah sepanjang tahun
memang respect dgn bro 🙂
TechKini recently posted…Penamatan Produksi Playstation 2 Di Jepun
memang tebal muka nak minta undian lagi² dengan murid sendiri..tahun lepas contest yang sama..
jadi ambil beberapa orang murid, create kan group dan bagilah cabutan bertuah hari²..top up ke..hehe
cikgu naman recently posted…iPhone 5 Gadget Impian
Waaa,, untung jugak jadi cikgu sekolah menengah nih.. hehe3.
amirnawawi recently posted…Giveaway amirnawawi Sempena Sempadan 2012/2013
Memang untung…..
eyriqazz recently posted…Lesson Learnt – iPhone 5 Gadget Impian
terharu baca entry ini.tu yg pelik dalam sehari banyak undian.maksudnya banyak akaun gmail le kan.Takpe kalau rezeki tu tak kemana.Kalau rezeki kita dapat le ke kita
faizalPj recently posted…iPhone 5 Gadget Impian
Tak juga..Mungkin ada rakan-rakan yang membantu sama..Network bagus, tak mustahil boleh dapat banyak undian….
Takpe bro. InsyaAllah kalau dah rezeki bro, akan dapat juga iPhone 5 tu.
saya sentiasa support dari belakang. Selamat berjaya bro.
amirnawawi recently posted…Giveaway amirnawawi Sempena Sempadan 2012/2013
Tq Eyriqazz..Bukan mudah nak planning 3 tugasan sekali kan. saya rasa semua peserta bekerja keras. ini antara contest yang paling sengit saya pernah sertai..saya hanya mencuba sebaik mungkin..kalau menang itu rezeki, kalau kalah no harm 🙂
Kagum dengan kesungguhan dan strategi akma..InsyaAllah, ada rezeki tu…
hahahha.. kalau bro katakan network bro masih tak kuat , den ni jauh berkali2 ganda lagi tak kuat.. memang susah betul nak dapatkan undian hari2 daripada kawan2.. pergh.. rasa macam nak give up pun ada..hehehe..tapi nak buat macam mana, since dah join, kenalah berjuang hingga ke titisan darah terakhir.. biarpun tak menang pun tak apa.. asalkan tak menyerah kalah dengan begitu senang..hehehe
boni kacak recently posted…Filem Pendek – Terlambat
Good luck bro..Network tu ada but in term of nak convince vote hari2, masih belum cukup kuat ..
bro boleh guna network sendiri….bagus sangatlah sebab dah ada ramai follower…Good luck bro…
syarih recently posted…Persembahan Slide Lebih Berkesan.
Follower tidak semestinya akan buat apa yang diminta….Lebih2 lagi kalau ianya just win kat satu pihak sahaja…