Gerai Orang Asli Cameron Highlands

Semasa perjalanan pulang dari Percutian di Cameron Highlands minggu lepas, sempatla singga di Gerai Orang Asli yang menjual pelbagai produk seperti madu lebah, durian hutan, petai, tongkat ali, dan pelbagai lagi. Sebelum ini terasa mahu singgah tapi agak takut untuk berhenti. Kali ini memandu secara konvoi, bolehla berhenti :

 

Salah Satu Gerai Orang Asli. Madu Asli, Durian Hutan dan Madu. Boleh tahan juga harganya

Proses tawar menawar. Sangkakan mereka tidak fasih berbahasa melayu,tapi ada antara mereka yang lebih fasih dibandingkan dengan sesetengah bangsa melayu sendiri

Bukan main gembira lagi Adik Bongsu eyriqazz dapat tangkap gambar sepupunya bersama Petai

Pilih Pak Lang jangan tak pilih

Ehh, sejak bila Pak Lang eyriqazz joint venture bisness bersama Orang Asli ni?

Orang Asli, tapi tinggi budi bahasa mereka

Sempatla adik dan pakcik eyriqazz beli Petai dari orang asli Cameron Highlands ini. Eyriqazz tak makan petai, kalau tak mungkin beli juga. First impression eyriqazz merosot. Yerla, mula-mula sangkakan orang asli ini kasar bahasanya dan sukar memahami bahasa melayu. Rupanya tidak, mereka agak mahir berbahasa melayu dan berbudi bahasa. Lepas ni bolehla singgahi lagi, boleh beli madu kelulut.

P.s : Dengar cerita Pakcik Goyang ni pun berasal dari sini. No wonder pandai mencari rezeki ….

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Cameron Highlands saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

34 thoughts on “Gerai Orang Asli Cameron Highlands

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.