What Will You Do : AKPK dan Pinjaman Kereta

Kerja lama eyriqazz dulu adalah “Ah Long with a licence one”. Atau, dengan kata mudah, pengutip hutang/recovery officer bagi pihak bank. Sedikit sebanyak, taula serba sedikit prosedur dan cara untuk membuat proposal bagi menyelesaikan masalah dengan “Pinjaman“.

Eyriqazz dihubungi pembaca blog bertanyakan pendapat eyriqazz :
 
Mrs X : assalam.. bkenaan ngn artikel “masalah dgn pinjaman anda“, bole encik berikan sy contoh bgmn surat proposal kpd bank tu?
Eyriqazz : 
Saya tiada contoh surat..tapi kalau mahukan nasihat, saya boleh berikan..dah berapa bulan loan o/s? dah sampai stage mana legal actions?

Mrs X : personal loan & c/card hampir 4 bln.. akaun tlh d batalkn & legal action meminta semua o/s dilangsaikan..
Eyriqazz : 
Ic…boleh katakan dah agak berat tu….Dah pergi ke AKPK? Personal loan & kredit kad dari bank mana ?

Mrs X : baru bcadang nk ke akpk mggu dpn. personal loan ngan X bank, dan Credit Card dengan Y Bank …

Eyriqazz : 4 bulan tu dah kira NPL dan agak teruk..especilly Y  bank tu memang dah agak berat..mereka legal actions ni memang pantas….AKPK antara tempat bagus utk pergi minta bantuan sebelum kes ni ada legal actions…

Beberapa minggu selepas itu….
 
Mrs X : tq ats nasihat saudara. sy dh bjaya msuk program akpk. sy nk minta pndpt saudara. begini, kereta yg sy gunakn skrg adalah ats nma adik ipar sy. sbbnya nma dia buat msa itu masih tdk ada loan kt mna2 bank. mslhnya skrg ialah kebelakangan ini sy tdk dpt cover byrn bulanan kereta tsbt sbb bebanan kwgn yg d luar jgkaan. salesman ketika itu tlh submit 1 pay slip yg hanya rekaan kpd pihak bank. 
 
jd, sy bcdg nk slow talk ngn pihak bank utk restructure byrnn blnn kereta tsbt mngikut kmampuan sy skrg. tp, yg merunsingkn sy cmne nk ckp kt bank yg kereta tu ats nma adik ipar sy & adakah payslip tsbt akn mjejaskan pmohonan sy? mohon bg pndpt saudara. tq!
 
 
Jika anda di situasi Mrs X, What Will You Do?
 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “What Will You Do : AKPK dan Pinjaman Kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.