(Teaser) Mega Hartanah Bumiputera

Semalam sempat menghadiri Mega Hartanah Bumiputera. Ramai otai-otai Hartanah memberikan talk di sesi ini. Teaser dulu sebelum entri penuh minggu depan :


Kehadiran memang di luar jangkaan, lebih dari 200 orang yang turut hadir di sesi ini.
#Speaker 1 – Abang Ensem 
– Teknik Pelaburan Hartanah Subsale-
 
Seorang bekas banker yang sanggup berhenti kerja yang menawarkan konsisten bonus 6+ bulan setahun demi meneruskan minat menjadi Pelabur Hartanah sepenuh masa dan menyampaikan ilmu kepada generasi muda yang mula berjinak-jinak dengan pelaburan hartanah. “Tips Memilih Penyewa yang Cun dan Hot” membuatkan ramai yang tak kering gusi dibuatnya.
 
# Speaker 2 – Tuan Bri
-Teknik Pelaburan Hartanah Lelong
 
Bekas external auditor yang berhenti kerja dan rasanya sudah berjaya lari dari “Rat Race”. Berkongsikan teknik pelaburan Hartanah Lelong. Membuatkan audiance berinteraksi dan lebih aktif dengan soalan-soalan yang diajukan dan case study yang menarik. “Ulat Lelong, antara topik menarik dikongsikan di sini”
#Speaker 3 – Azri Nasruddin
– Tips Pelaburan Hartanah-
 
 
Bercakap laju, berfikir laju, pantas dalam mengorak langkah. Antara anak murid Dr. Shah Razali yang cukup berjaya. Masih bekerja fulltime sebagai Pharmacist namun berjaya Pelaburan Hartanah melebihi RM1.5 juta. Kagum, antara talk yang agak menarik kerana dikongsikan pengalaman peribadi dan cara percakapan yang pantas. Antara speaker yang tidak memerlukan slide presentation untuk bercerita.

# Speaker 4 – Fauzi Ahmad
– Cukai Berkaitan Hartanah-

Bekas Assistant Vice President di salah sebuah bank terkemuka dan Presiden Kelab Hartawan Hartanah. Fuhh, banyak rupanya tax berkenaan hartanah ni. 


#Speaker 5 – Dr. Shah Razali ( Ikon Jutawan Pelaburan Hartanah Malaysia)
– Rahsia Pelaburan Hartanah-
 
 
The best speaker of the day. Cara persembahannya yang unik dengan kes study yang menarik di samping cara penyampaian yang turut memberikan reward kepada peserta. Peserta yang berjaya menjawab soalan dan merebut peluang berjaya membawa pulang wang tunai dari RM1 sehinggalah RM50. Lebih dari RM200 juga rasanya diberikan. Antara tips menarik yang dikongsikan antaranya “Laluan Naga”
 
#TipsHartanah : Kata Dr Shah Razali (pelabur hartanah terulung di Malaysia) “Kalau anda ingin melabur di area Lembah Kelang, belilah hartanah di laluan Kepala (Damansara Perdana) sehingga ke Ekor Naga (Dengkil) sementara menunggu kehadiran Naga2 lain” dan apa yang dapat aku fahamkan, ‘Laluan Naga’ yang dimaksudkannya merupakan samaada laluan lebuhraya atau pun laluan LRT/MRT. Jadi korang rasa di manakah ‘Laluan Naga‘ yang berikutnya? Renung-renungkanlah.Credit Facebook AbangEnsem

Alhamdulillah, banyak ilmu yang berjaya dipelajari semalam. Kagum, rupanya ramai kaum bumiputera yang sudah berjaya memiliki lebih dari 4+ buah rumah. InsyaAllah, plan rumah ke-3 dan ke-4 tahun depan. Akan dikongsi-kongsikan ilmu yang dipelajari tentang Mega Hartanah Bumiputera ini  nanti.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

25 thoughts on “(Teaser) Mega Hartanah Bumiputera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.