Percutian Kali Kedua di Legoland Malaysia

Percutian kedua di Legoland Malaysia beberapa minggu lepas. Mencari kelainan, kali ini pergi dengan keretapi dan menggunakan public transport ke Legoland Malaysia dari JB Central Line, bangunan berdepan dengan stesen keretapi JB Central.
Naik bas Causeway Link. Perkhidmatan setiap 1 jam
Harga tiket RM4 seorang dari JB Central – Legoland Malaysia. Berhenti seketika di stesen Larkin
Bukan main seronok lagi Alisya dapat naik bas
Perjalanalan mengambil masa lebih kurang 45 minit.
Sampai dah
Time ni time cuti sekolah. Memang ramai orang. Beratur panjang di panas terik mentari hanya kerana nak claim tiket free kanak-kanak redeem pembelian Susu Dutch Lady. Fuhh, really not worth it. Beratur ni mahu dalam 2 jam baru dpt tiket. Nasib baik ada tour agent yang menjual tiket mereka disebabkan pelancong dari Indonesia tak dapat datang. Dapat dua tiket hanya RM130 total (dewasa dan kanak-kanak).
Panas terik ketika ini. Around pukul 12 tengah hari

Kanak-kanak tentu yang paling gembira kalau ke Legoland Malaysia ini, termasukla Alisya :

Kereta ini memang menjadi kegemarannya
Gaya pemanduan pun dah semakin ok
Showtime. Jom layan
Are you ready to become “Danger Detective?”
Memang ramai orang time ni
Shownya agak membosankan. Tengok separuh je. Baik pusing tempat lain pula
Naik kapalterbang. Dua kali alisya naik. Satu dengan mama, satu dengan papa
Tak sempat nak naik kereta bomba ni.
Lepastu, sempatla Alisya, Mama, Azim dan Mak/Bapa mertua naik keretapi Legoland. Eyriqazz tunggu kat luar je..Hik3…
Jom makan dulu . Makan tengahari
Di market Restaurant. Antara restoran yang agak famous di dalam Legoland ni
Nasi Ayam .Agak famous di sini. Adik ipar order. RM16.50 sepinggan.
Adik ipar cakap sedap. Eyriqazz cakap Mahal
Bread & Butter Pudding. RM8.50
Fuhh, bestnya kalau dapat berendam dalam ni time panas-panas ni
Zirafah
Dinasour
Asyik rosak je Lego tower ni. Ish2…
Jom layan 4D pula
Amboi-amboi, bukan main lagi
Best juga layan 4D ni….Rasa cam live je
Before this eyriqazz dan Isteri belum makan lagi..Lunch sebelum tu mak mertua/bapa mertua dan adik ipar
Pekena Aloha Chicken Pizza, RM20.50 di Pizza Mania
Mahal, tapi memang sedap..Nasib baik…Hik3..
Playground. Dekat sejam jugala Alisya bermain di sini
Naik keretapi untuk kanak-kanak pula
Macam tahu-tahu je Alisya Sang Singa bakal membaham Sang Harimau
Teringin nak try..Alisya taknak la pula
Jom bina bangunan dari Lego
Tahan gegaran tak ni?
Memang seronok kanak-kanak. Banyak tempat boleh terjah
Pendek cerita, satu hari memang tak sempat nak terjah semua tempat
Amboi-amboi, bukan main lagi
Mama merajuk Papa tak naik sekali

memang nak naik tapi temankan ALisya time ni..Biasalah anak-anak, nak itu, nak ini…
Time camni, memang keseronokan untuk diorang kena diutamakan dari keseronokan sendiri

Legoland Malaysia, destinasi pelancongan menarik dan buat poket cepat kering
Dah nak hujan. Baruje ingat nak terjah Castle ni
Tengok dari Luarje la
Maybank salah satu penaja di Legoland Malaysia ini
Sebelum pulang, singgahla dulu cari ole-ole/cenderahati untuk dibawa pulang:
Fuhh, memang murah2..Mug saja RM34.95 satu
Keychain RM12.95… Kalau tempat lain, dah boleh beli 5-6 keychain
Sempatla beli 2 fridge magnet buat pembaca blog. Dah poskan malam tadi buat pemenang
Murahnya T-Shirt. Rasa macam nak borong semua jerrrr…. Hik3…
Kena la beli juga untuk ALisya.Mana boleh pulang tangan kosong kan?
Jom pulang. Jalan kaki dalam 100 meter kot dari Stesen bas
Pelangi.. Melihat pelangi di langit, mengidam pula durian crepe
Balik naik bas Transnasional. RM6 seorang. Terus ke JB Central
Overall, percutian yang agak menarik dan lebih cepat mengeringkan poket. Demi anak-anak dan Isteri tersayang, apa salahnya kan? Lagipun part of it i.e. penginapan hotel sudah disponsor oleh Mak/Bapa mertua. Hik3….
Next destination bulan depan, Cameron Highlands. Jom Cuti-Cuti Malaysia, banyak tempat menarik di dalam negara yang boleh dikunjungi.
Anyway, Jika ingin menempah hotel di Johor saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

45 thoughts on “Percutian Kali Kedua di Legoland Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.