Hotel Review – Percutian di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha yang lepas, Eyriqazz sekeluarga pergi bercuti di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Redeemkan Special Bloggers Package Strawberry Park Resort. Plan asal nak pergi bulan July sempena birthday Isteri, namun bulan Oktober 2012 baru sempat pergi.
 
Perjalanan dari KL-Cameron Highlands yang mengambil masa lebih kurang 4-5 jam. Sebaikje sampai :
 

Welcome Drink disediakan. Memang voila dan sedap.

Inilah Pakej yang Eyriqazz maksudkan. 3 hari 2 malam. Kalau ikutkan harga semasa, lebih kurang RM1,500 untuk pakej ini.
 
Special thanks buat Rouge Communications dan Strawberry Park Resort,Cameron Highlands dapatla harga istimewa. Cuma bayar kurang dari 50% dari harga yang sepatutnya. Memang puas hati dengan harga yang ditawarkan. 
 

Studio Suite, agak luas dan selesa
 
Biliknya memang luas dan selesa. Siap disediakan baby cot (upon request) secara percuma. Meja komputer turut disediakan dan bilik air yang besar. Malam agak sejuk, lebih-lebih lagi time kami datangtu asyik hujan. Tapi time hujan-hujan pun seronok juga kan? 
 
Kemudahan wifi berbayar turut boleh didapati di sini namun Internet di bilik agak kurang stabil dan tidak boleh access mana. Kalau nak access internet, kenalah pergi ke lobi. Harap-harap in future, kemudahan wifi dapat di bilik. Nowadays, wifi memang penting kan?
 

Special Kek
 
Kek ini tiada dalam pakej tapi diberikan coz sepatutnya datang time birthday Isteri. Jadi, dapatla kek ini. Sedap juga.

Makan Malam di Garden Terrace

Kami Order Chicken Smokey
 
To be honest, rasanya boleh tahan saja. Cara masakannya yang lebih sesuai dengan citarasa pelancong asing (Mat Salleh). Eyriqazz lebih prefer black pepper sauce yang menyengat.
Amboi-amboi, bukan main lagi anak Papa beraksi di dalam bilik.
 
Tidur dengan nyenyak. Agak sejuk, siap tidur pakai stokin lagi. Sleep like a King,Queen, Prince and Princess.
 
Daily Breakfast pula di Jim Thompson Terrace bersebelahan dengan lobi. Udara sepoi-sepoi bahasa kalau lepak sebelah luar. Nyaman dan segar.

Jemput Makan

Roti Canai nya agak sedap. Di hari kedua, sampai lambat, dah habis

Nasi Lemaknya pun sedap juga. Siap tambah lagi
 
In term of choice, rasanya kena tambah lagi menu breakfast ini. In term of rasa, mostly menepati citarasa kami.

Jom ke Gunung Brinchang
 
Gunung Brinchang Tour turut disediakan dan disediakan pemandu pelancong sekali. Kami bernasib baik, pemandu pelancong kami, berbangsa India dan anak jati Cameron Highlands. Banyak info yang dia berikan kepada kami tentang Cameron Highlands.

Pemandangan dari Gunung Brinchang
Bagi yang sukakan alam sekitar dan suasana ala-ala hutan dan suka berjalan, memang ok jalan-jalan di Gunung Brinchang ini. 
 

On the Way ke Boh Tea Centre pula

Dah sampai. Jom minum teh tarik

Boh Tea Centre, Sungai Palas
 
Pemandangan agak menarik di Boh Tea Centre. Tengok pokok teh yang menghijau. Boleh beli souvenir dan teh yang pelbagai di sini juga sambil melihat sendiri proses pembuatan teh.
 
Next destination, Big Red Strawberry Farm, antara farm terbesar di Cameron Highlands.
Sistem penanaman sayur secara hidroponik
Strawberri ni kalau makan ngan coklat memang marvellous. Yuummmyy

Lobak Putih. Teringat pula cerita GTO versi kartun. “Daikon, daikon”

Masuk adalah percuma, parking pun banyak

Ada restoran juga. Favourite isteri, Aiskrim Goreng

My favourite, Strawberry MilkShake

Sampai bilik, lepak-lepak di luar :


Memang Santai sambil baca suratkhabar
 
Overall, memang puas hati dengan pakej yang disediakan. Kalau Internet “Super Laju” di bilik, tentunya saya akan berikan rating 9/10. Coz,tiada internet di bilik, saya berikan 8/10 rating menginap di Strawberry Park Resort ini. InsyaAllah, suatu hari nanti bolehla singgahi lagi. Isteri dan anak-anak gembira, Hadiah teristimewa sempena Birthday Isteri tahun ini.
 
Bolehla baca pengalaman menarik berkenaan pengalaman di Strawberry Park Resort ini :
 
Strawberry Park Resort Cameron Highlands kami singgahi
Percutian menarik dan menghibur hati
Kalau ada rezeki akan kami singgahi lagi
Pengalaman mempesona sudah semesti

Untuk tempahan Strawberry Park Resort, Cameron Highlands, bolehla –> KLIk SINI

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Cameron Highlands,  saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

38 thoughts on “Hotel Review – Percutian di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.