Mencari Kelainan Cuti-Cuti Malaysia

Minggu ini, bercuti di Johor Bahru. Mencari kelainan, cuti-cuti Malaysia kali ini. Biasanya kami drive ke Johor Bahru bila bercuti di sini. Tapi, kali ini, menaiki keretapi dari KL Sentral ke JB Central station.
Terserempak dengan satu keluarga dari Terengganu di KL Sentral. Merekapun sama macam eyriqazz, bercuti naik keretapi juga.

KL Sentral
Around 8pagi. Fuhh, banyak teksi beratur mencari rezeki. Di mana ada gula, di situ ada semut kan?

Azim. Demam. Nak tumbuh gigi agaknya
Suasana di KL Sentral menanti keretapi. Keretapi kami pukul 9 pagi
Tak sangka, ada Railway Tourism rupanya. Kurang promosi, baru first time dengar.
Banyak rupanya homestay menarik di Malaysia ini

Perjalananan mengambil masa lebih kurang 6 jam

Mama dan Azim. Cimon budak ofis katanya geram tengok rambut original Azim

Cuti-Cuti Malaysia

Di dalam keretapi
Tiket-tiket…
OK juga naik keretapi ni. Cuma, bosan la juga. Yerlah, 6 jam. Nasib baik ada anak-anak yang sentiasa menceriakan suasana. Sempatlah habis baca 2 buku dalam keretapi tersebut. Overall, percutian naik keretapi ni ada Pro & Cons nya. Kelebihannya, takdela penat sangat drive. Lebih selamat.
Kekurangannya, agak lama la juga dalam keretapi ni. Makanan dalam keretapi pun serius mahal giler. Twisties pun RM4 satu paket. Toiletnya pula agak kurang terjaga, berbau semacam je. Adakah misi Wawasan 2020 akan tercapai kalau pemikiran dan tindakan masih di takuk lama?
Hahaha,asyik membebel la eyriqazz ni. Finally, sampaila di
Stesen JB Sentral
First time sampai. Kagum, agak moden. Bersih, selesa dan agak meriah juga. On parla jika dibandingkan dengan KL Sentral rasanya.

Pemandangan dari bilik, JB Sentral Hotel. Tingkat 17
Sweet Dream. Besok nak terjah Legoland Malaysia lagi (ketika entri ini ditulis,12.20 pagi)
Anyway, Jika ingin menempah hotel di Johor Bahru,  saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

30 thoughts on “Mencari Kelainan Cuti-Cuti Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.