Eyriqazz.com

Great Teacher Onizuka

  • Home
  • Contact Me
    • Achievement
  • Family
    • Alisya
    • Azim
  • Food
    • Restaurant Review
  • Travel
    • Travel
    • Hotel Review
    • Cari Hotel Murah
    • homestay review
    • Tempahan Airbnb
  • Informasi
    • contest
    • event
    • gadget review
    • kereta
  • Tips
    • Tips Blogging
    • tips kewangan
    • tips pelaburan hartanah
  • Pengiklanan
  • Archives

Mega Hartanah Bumiputera – Evolusi Kekayaan Menerusi Pelaburan Rumah Subsale

28 November 2012 by eyriqazz 14 Comments

Sambungan dari entri (Teaser) Mega Hartanah Bumiputera. Mega Hartanah Bumiputera yang julung kali diadakan ini sempat saya hadiri weekend yang lepas. Speaker yang pertama adalah Pakcik goyang dengan tajuknya Evolusi Kekayaan Menerusi Pelaburan Rumah Subsale :
 

Bikin goyang dibuatnya Pakcik goyang dengan kehadiran lebih dari 200+ Peserta Seminar

AE : Sebelum saya berikan seminar, izinkan saya menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk ” Ramalanku Benar Belaka“
 
As usual, trademark unik dia yang menampilkan gaya ala-ala gatal. Sebenarnya tidak, inilah salah satu caranya bagi menarik perhatian audiance yang pelbagai usia.
14 Buah Rumah yang dimilikinya kini..Idea tercetus sejurus menamatkan pengajian di Uitm.
 
Jadi student, rumah semestinya suatu kemestian ketika belajar kan? Bijak merebut peluang, itulah yang dilakukan oleh AE.

 


Apa Itu Pelaburan Hartanah?

Kenapa Hartanah?
 
Suka cara AE berkongsi pengalaman peribadi berkongsikan pengalamannya yang pernah Invest in Gold, saham, dan pelbagai lagi. Instrument hartanah adalah instrument yang paling sesuai dengannya dan mampu memberikan hasil yang lebih memuaskan dan kenapa dia memilih hartanah.

Matlamat & Strategi Pelaburan Hartanah
 
Mudah je konsep yang diberikan oleh AE. Mahu kaya, gunakan konsep flipping (beli dan jual). Mahu Senang, gunakan konsep beli dan sewa. Mahukan kedua-duanya, lakukan kedua-duanya. Eyriqazz? Masih baru nak berjinak-jinak, baru ada 1 rumah yang disewakan .

Tiada Modal?
 
Pinjam awek? Hutang Ah Long? Join MLM? Banyak cara lain bagi kumpulkan modal, misalnya :
 
1) Gunakan duit EPF (Rumah pertama boleh keluarkan akaun 2 duit EPF)
2) Pinjam dengan Ibubapa macam apa yang AE dan Eyriqazz lakukan.
3) Simpanan dan tabungan. Boleh praktikkan Tips Menabung Tabung Bunian
4) Praktikkan Tips Pelaburan Hartanah Tanpa Modal

Jeng,jeng…. Yang tiada boleh diadakan
Kenapa SubSale? (beli rumah dah siap )
 
Banyak kelebihan beli rumah subsale jika dibandingkan dengan beli rumah lelong ataupun Under Construction. Rumah kedua eyriqazz, misalnya, beli under subsale. Sign agreement, terus minta pindah rumah.  

WTF? Where, What & When to Find?
 
Lokasi strategik nak beli rumah sekarang, antaranya di lokasi “Laluan Naga”. Boleh refer entri sebelum ini. 

 


Harga Berpatutan? Boleh dapatke? 
 
Boleh, jika rajin mencari dan tidak cepat putus asa. Network pun penting.

Teknik pun kena ada untuk membeli rumah. Saya ada praktikkan di rumah kedua. Berhasil

Site viewing. Antara part paling penting dalam membeli rumah
 
Sistem perparitan,sistem pengaliran air, keadaan dalam dan luar rumah perlu diambil kira juga.

Bank : “Yes, we Are Ah Long with a License One”
Peminjam : “Please approve my loan”
 
Teknik mendapat kelulusan pinjaman bank turut dikongsikan oleh AE antaranya kedudukan kewangan yang baik (CCRIS), kemampuan membayar, debt service ratio, dan pelbagai lagi.Bolehla hadiri Seminar Hartanahnya in future kalau nak tahu lebih lanjut.

Kemampuan Membayar – Antara Part paling Penting untuk loan diluluskan
 
So, make sure CCRIS anda cantik. Bagi yang tiada pinjaman langsung, disarankan ambil kredit kad (use it wisely or guna pada amount yang minimum). At least, adalah rekod. Bank sekarang ni agak reluctant utk kasi pinjaman perumahan dekat individu yang tiada rekod pinjaman langsung macam apa yang terjadi dekat adik ipar Eyriqazz.
* Info – 40 Soalan Yang Perlu Anda Tanya Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia
 
Overall, saya berikan rating 8.5/10 untuk talk dari Abang Ensem ini. Banyak tips dan informasi berkenaan Pelaburan Hartanah yang dikongsikan. Juga kagum dengan Peserta Seminar. Lebih kurang dalam 30 orang peserta seminar yang sudah memiliki 4 buah rumah ke atas namun masih menghadiri seminar sebegini. Yup, mereka pun dahagakan ilmu dari Otai-Otai Hartanah seperti AE ini. 
 
P.s : What’s Next? Kenalah Praktikkan Ilmu yang dipelajari. Bak kata Ariff Shah, Tak Guna Belajar Teori Kalau tak Praktikkan. 
 
Tweet

Anda mungkin menggemari artikel berikut


  1. (Teaser) Mega Hartanah Bumiputera
  2. Ebook Review – Pelaburan Hartanah Tanpa Modal
  3. Seminar Hartanah dari 3 Otai Pelabur Hartanah
  4. Tips Pelaburan Hartanah dari Faizul Ridzuan
  5. Seminar Pelaburan Hartanah Bersama Abang Ensem

Filed Under: tips, tips pelaburan hartanah Tagged With: pelaburan hartanah

Comments

  1. Eliss Mie says

    28 November 2012 at 2:19 am

    deposit rumah saya guna duit bapak mertua, lepas tu keluarkan kwsp, bayar balik kat dia..huhuhu

    teringin nak join jugak tapi kalau weekend susah nak join.

    Reply
    • Eyriqazz says

      28 November 2012 at 9:32 am

      kena pandai2 cari slot…

      Reply
  2. Faizal Pejay says

    28 November 2012 at 8:10 am

    maksudnya kena apply kredit kad ke untuk individu yang tiada pinjaman lagi.

    Reply
    • Eyriqazz says

      28 November 2012 at 8:29 am

      Yup..lebih kurang camtula..at least ada rekod dalam CCRIS..tapi kalau dah ada personal loan or loan kereta,takde kredit kad pun takpe

      Reply
  3. akuzle ayu says

    28 November 2012 at 8:16 am

    Kwn sy ader yg g n dier ajak sy.. Tapi….heheheheh

    Reply
  4. Cik Nurul Siezuka says

    28 November 2012 at 3:04 am

    Perfect…

    Reply
  5. Zura Lee says

    28 November 2012 at 4:34 am

    hye eyriqazz, tima kasih sbb komen kt entry mi bandung zura tuh..cmner eyriqazz tau yg zura buh link blog eyriqazz kt situ erk..?

    Reply
    • Eyriqazz says

      28 November 2012 at 8:30 am

      guna http://www.histats.com

      Reply
  6. Halif Mohamad says

    29 November 2012 at 1:52 am

    next time mesti pergi…insyaAllah. boleh jumpa bro eyriqazz juga. walaupun haritu dah terjumpa tp malu nak tegur. sebab alisya ada <---alasan

    Reply
  7. akubiomed says

    29 November 2012 at 4:49 am

    Memang ada hajat untuk membeli rumah ke 2 untuk buat sewa tetapi keadaan kewangan agak ketat jadi terpaksa melupakan hasrat tersebut buat sementara waktu.

    Reply
  8. Ladfe Amir says

    30 November 2012 at 9:01 am

    wife saya pun ada bagitahu, loan kereta pun susah nak lulus kalu kita takde rekod dgn bank

    AE memang terbaik

    Reply
  9. Nizam says

    29 March 2013 at 6:48 pm

    Salam. nak tanya. Kalau dah sign surat tawaran loan rumah, bolehke bank tarik balik kelulusan tersebut dan apa sebabnya kalau boleh?

    Reply
    • eyriqazz says

      29 March 2013 at 7:39 pm

      Bank boleh menarik balik surat tawaran kelulusan rumah tersebut…Reason mungkin mereka kurang yakin dengan kredit history…Yang dah sign tu, letter offer ataupun Loan Agreement?

      Reply

Trackbacks

  1. Review Thriller Workshop Hartanah 2013 | Eyriqazz.com says:
    7 October 2013 at 9:00 am

    […] Investment Strategy dibawakan khas melalui Live Streaming buat pertama kali. Saya pernah menghadiri Mega Hartanah Bumiputra 2012, sememangnya saya kagum dengan gaya DSR dalam berkongsikan ilmu hartanah. 30 minit rasakan macam 5 […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Eyriqazz di Facebook

Artikel Terkini

  • Apa Itu MRTA/MRTT
  • Anak Muda Perlu Tahu 5C Ini Supaya Pembiayaan Perumahan Senang Lulus
  • Apa Effect Base Rate Naik?
  • Pengalaman dengan Pemandu Grab
  • Analisa Kewangan Bisnes Owner (AKBO) 2017
  • Pengalaman Bekam Darah di Pusat Bekam An-Nusrah, Wangsa Maju
  • Kenapa Susah Nak Kurus?

Copyright © 2018 · Eyriqazz Dot Com on Genesis Framework · WordPress · Log in